FOTO KOPI / Hasan Roastery
Hasan Roastery | FOTOKOPI Coffee Specialty
Jalan Pusara, Kuala Terengganu
Tel : 0129090166
08/02/2026
Alhamdulillah, semalam berlangsungnya Hari Tanpa Gula buat kali kedua. Terima kasih kepada semua yang hadir memberikan sokongan. Kehadiran kali ini luar biasa—berganda berbanding Hari Tanpa Gula yang pertama!
Terima kasih buat rakan-rakan dan adik-adik yang menyokong, membantu mempromosikan, serta bertungkus-lumus bekerja bersama. Tanpa anda semua, acara ini tidak mungkin berjaya.
Sebenarnya, kopi tanpa gula mempunyai keunikan dan kesedapannya yang tersendiri jika dihasilkan dengan betul. Bermula daripada pemilihan green beans, proses pemanggangan (roasting), hinggalah ke teknik brewing—setiap langkah perlu dijaga dengan teliti.
Ini adalah perjuangan kami. Membudayakan kopi sebenar (real coffee) memang mencabar, tetapi tiada yang mustahil. Kami nekad untuk terus berusaha agar budaya ini terus subur.
Di peringkat awal, memang tiada sambutan. Hanya 10% sahaja yang berani mencuba kopi tanpa gula, manakala Caramel Macchiato dan Spanish Latte tetap mengungguli carta. Namun, kami tidak berputus asa. Kami terus berkongsi cerita dan tidak berhenti belajar tentang ilmu kopi.
Alhamdulillah, hari ini kami melihat hasil yang membanggakan. Kini, hanya 20% pelanggan memilih minuman manis, manakala 80% lagi sudah beralih kepada kopi tanpa gula!
Teruskan PERCAYA dengan apa yang anda BUAT.
26/01/2026
"Temui keunikan setiap butiran kopi yang dipilih khas buat anda. Izinkan kami membantu anda mencari padanan beans yang tepat berdasarkan citarasa eksklusif anda. Kepuasan kopi anda adalah kepakaran kami."
:) . Jom ngopi di Fotokopi...
Lokasi :
Hasan Roastery & Fotokopi
Coffee Speciality
No.25, Jalan Pusara, Taman Dato' Wan Salleh,
20400, Kuala Terengganu
Google map : https://maps.app.goo.gl/RPxqgf5AzmpN4QfG6
JUMAAT INI | 12.9.2025
HARI KOPI TANPA GULA -
10 Jenis beans terbaik untuk anda cuba rasa.
Manual Brew and Filter.
Tentatif :
1. BREWING
5.00 ptg - 10.00 mlm
2. Borak-Borak KOPI
10.00malam - 11.00 malam ( Borak-Borak KOPI)
- Abe | Saleem Shadiy
- Issey | Fotokopi
Tajuk : Sembang Dua Generasi
~ MANUAL BREW / FILTER
ABEY | The Beans Project
- 2nd Runner Up Origami East Coast Region
- 2nd Runner Up Aeropress Malaysia East East Coast Region
- Semi-Finalist Malaysia Coffee Brewer League 2025
- Semi-Finalist Hario Brewers Cup 2025
~ESPRESSO
RIFQI | Santuy Coffee Bar
ISSEY | Fotokopi
~SMOKED BEEF
Jaa | Smokeykologist
Lokasi : https://maps.app.goo.gl/a1fBN1Pme97gEpA5A
FOTO KOPI
FOTOKOPI
Jalan Pusara, Kuala Terengganu
Tel : 0129090166
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kuala