Akademi Bimbingan Insan
Perkhidmatan: 1)Motivasi untuk Dewasa, Belia, Siswa, Remaja & Anak-Anak. 2)Add Math IS Easy! 3)Bijak Mengira - Funtastic! 4)English IS Easy!
Seusai "Motivational Talk" di Faris Petra (tahun lepas), seorang pelajar merapati saya dan bertanya: "Adakah SUCCESS hanya boleh dicapai jika belajar di luar negeri".
Tidak mesti. Ramai je yg belajar dlm negara berjaya dlm bidang diceburi. Bahkan lebih lagi.
More importantly, apakah makna "SUCCESS"?
Apakah makna "Al-Falah" yg dilaungkan Muazzin berkali-kali setiap hari?
Bagi saya, Success/Al-Falah itu ada mencapai maksud "illa liya'budun" (surah Adz-Zariyat: ayat 56), yg ditafsirkan Ibnu Abbas sebagai "illa liya'rifun" - iaitu utk mengenal Allah dgn sebenarnya (Makrifatullah)
Walau setinggi mana belajar, pangkat, pekerjaan, jika tidak bawa kpd mengenal Allah, tidak ikut perintah-Nya dan tidak hidup jiwa merasai bersama-Nya, orang itu tidaklah mencapai Success/Al-Falah.
Utk "liya'rifun" itulah perlukan ilmu, berguru, beramal dan bermujahadah sepanjang umur.
Hingga layak dipanggil pulang (Surah Al-Fajr: Ayat 27-30):
"Wahai Jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dgn hati yang puas dan diredhai-Nya. Masuklah ke dalam hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku".
Kredit : Arham Rahimy Hariri
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Taman Permin Jaya, Chendering
Kuala