DiTec UMPSA
Facebook Account of DiTec, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
23/05/2026
SABTU | 23 MEI 2026
JELAJAH AI MYMAHIR
Program ini di rasmikan oleh YB Dato' Indera Shahar Bin Abdullah Timabalan Menteri Ekonomi | Ahli Parlimen Paya Besar.
Memberikan pendedahan secara menyeluruh kepada mahasiswa
dan komuniti setempat mengenai kepentingan serta aplikasi
praktikal Kecerdasan Buatan (AI) dalam kehidupan harian dan
kerjaya masa hadapan.
RAKAN KOLABORASI
Program ini dilaksanakan dengan kolaborasi pihak dari:
ðºTalentCorp,
ðºEY
ðºTalentHouse
ðºPejabat Ahli Parlimen Paya Besar.
Program ini telah mendapat sokongan teknikal ICT oleh Unit Sokongan Pentadbiran dan Majlis, Seksyen Sokongan Digital, DiTec.
07/05/2026
7 Mei 2026 | MAPITA Perkukuh Agenda Transformasi Digital IPTA Melalui Mesyuarat Pertama 2026 di UMPSA
Majlis Pengarah-Pengarah ICT Institusi Pengajian Tinggi Awam (MAPITA) telah mengadakan Mesyuarat Bil. 1/2026 bagi membincangkan hala tuju strategik dan memperkukuh agenda transformasi digital di peringkat universiti awam seluruh negara.
Mesyuarat yang menghimpunkan para Pengarah ICT daripada semua IPTA ini memberi tumpuan kepada beberapa perkara utama, termasuk:
â¢â â Penyelarasan Inisiatif Digital: Memantapkan pelaksanaan Agenda Transformasi Digital yang bertujuan mempercepatkan adaptasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dan keselamatan siber di kampus.
â¢â â Perancangan Strategik 2026-2028: Merancang Pelan Tindakan Digital selaras dengan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035.
â¢â â Pemantapan Kerjasama Strategik: Memperkukuh jaringan kerjasama antara universiti dalam perkongsian sumber ICT dan pemantapan infrastruktur digital.
Pengerusi MAPITA dalam ucapannya menekankan kepentingan inovasi berterusan agar sistem pengajian tinggi negara kekal relevan dan kompetitif di peringkat global. Mesyuarat kali ini turut menyaksikan perkongsian amalan terbaik (best practices) daripada universiti hos mengenai pengurusan data raya dan ekosistem kampus pintar. Dengan terlaksananya mesyuarat ini, MAPITA komited untuk terus menjadi penggerak utama dalam memacu kecemerlangan ICT demi manfaat mahasiswa dan warga akademik di seluruh Malaysia.
07/05/2026
Sorotan pemenang-pemenang dan aktiviti bersama kehadiran para pelajar sempena Hari Digital UMPSA yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Kampus Pekan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Website
Address
Pusat Teknologi Digital, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
Kuala
26600
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 16:30 |
| Tuesday | 08:30 - 16:30 |
| Wednesday | 08:30 - 16:30 |
| Thursday | 08:30 - 16:30 |
| Friday | 08:30 - 12:15 |
| 14:45 - 16:30 |