IKRAM Pahang

IKRAM Pahang

Share

IKRAM adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan masyarakat.

Photos from IKRAM Pahang's post 30/05/2026

KORBAN KASIH IKRAM PAHANG 2026/1447H

Sabtu, 30 Mei 2026

Alhamdulillah, telah selesai pelaksanaan Program Korban Kasih IKRAM Pahang 2026/1447H dengan sempurna. Sebanyak 3 ekor lembu dan 3 ekor kambing telah dikorbankan. Sebanyak 321 pek daging korban telah diagihkan kepada golongan sasar dan komuniti setempat.

Program ini berjaya dilaksanakan hasil kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Pahang, Yayasan IKRAM Malaysia Negeri Pahang, IKRAM Muda Pahang, Institusi Pendidikan Al-Amin Paya Besar, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Al-Amin Paya Besar serta Kelab Belia Harmoni Gambang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang, peserta korban, sukarelawan serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga segala pengorbanan, sumbangan dan usaha yang dicurahkan diterima serta diganjari dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT.

Semoga Program Korban Kasih terus menjadi medan menyebarkan kasih sayang, memperkukuhkan ukhuwah dan membawa manfaat kepada masyarakat. Insya-Allah, kita bertemu lagi pada tahun hadapan.

Photos from iBantu Pahang's post 28/05/2026

πŠπ¨π«π›πšπ§ 𝐊𝐚𝐬𝐒𝐑 IKRAM 𝐏𝐚𝐑𝐚𝐧𝐠 πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ

27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H di Kampung Nelayan Beserah, Program Korban Kasih IKRAM Pahang 2026 telah berjaya dilaksanakan.

25/05/2026

Ganjaran Puasa Hari Arafah

Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:

ΩŠΩΩƒΩŽΩΩ‘ΩΨ±Ω Ψ§Ω„Ψ³Ω‘ΩŽΩ†ΩŽΨ©ΩŽ Ψ§Ω„Ω’Ω…ΩŽΨ§ΨΆΩΩŠΩŽΨ©ΩŽ ΩˆΩŽΨ§Ω„Ω’Ψ¨ΩŽΨ§Ω‚ΩΩŠΩŽΨ©ΩŽ

Maksudnya: β€œPuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”.
*[Riwayat Muslim (1977)]*

Ayuh kita bersama rebut peluang ini dengan berpuasa pada hari Selasa, 26 Mei 2026 / 9 Zulhijjah 1447H

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


A*5 Jalan IM 7/16, Bandar Indera Mahkota
Kuantan
25200