Kelab Rekamas KEMAS Pahang
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Rekamas KEMAS Pahang, Social Media Agency, Kuantan.
13/03/2026
ππππππ ππ-πππππ: πππππππππππππ πππππππ
Kelab Rekreasi dan Kebajikan KEMAS Ibu Pejabat Negeri Pahang telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Bilik Mesyuarat KEMAS Negeri Pahang bagi mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Majlis turut diisi dengan sesi tazkirah oleh Ustaz Mohd Farid Naim bin Suhaimi, Pemaju Masyarakat Pembangunan Insan KEMAS Daerah Kuantan yang berkongsi mengenai kelebihan Ramadan, ganjaran pahala serta keistimewaan malam Lailatulqadar.
Program ini diharap dapat menyemarakkan lagi amalan membaca Al-Quran serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga KEMAS. Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada ahli kelab.
βMemasyarakatkan KEMAS, Merakyatkan Aspirasi Pimpinanβ
16/01/2026
ππππππ ππππππ πππππ πππ ππππππππππ ππππππππππ πππππ ππππππ ππππππ ππππ
Perjumpaan Kakitangan KEMAS Negeri Pahang Bersama Tuan Pengarah, telah diadakan pada 16 Januari 2026 (Jumaat) bermula jam 9.00 pagi.
Majlis dimulakan dengan Bacaan Yasin, diikuti dengan amanat dan nasihat yang disampaikan oleh Tuan Zulkefli bin Ahmad Nazri, Pengarah KEMAS Negeri Pahang, kepada seluruh kakitangan KEMAS Negeri. Amanat tersebut memberi semangat, motivasi dan hala tuju dalam melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan.
Majlis turut diserikan dengan sambutan hari lahir ahli Kelab Rekamas bagi mereka yang lahir pada bulan September hingga Disember, serta penyampaian sumbangan kepada ahli kelab yang telah dirawat di wad dan mereka yang terkesan dengan bencana banjir.
Secara keseluruhannya, majlis ini telah memperkukuhkan ukhuwah, semangat kerjasama dan silaturahim dalam kalangan warga KEMAS Negeri Pahang.
06/06/2024
5 Jun 2024-Kuantan, Mesyuarat Agung Kelab Rekamas KEMAS Pahang bagi kali ke 13 / 2024.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Suzana Idayu binti Abdul Syukor - Pengerusi Kelab Rekamas. Turut hadir Pengarah KEMAS Negeri Pahang En Zulkefli bin Ahmad Nazri selaku penaung kelab dan ahli kelab/kakitangan KEMAS Negeri Pahang.
Tahniah! kepada AJK baharu yg telah dipilih bagi meneraju Kelab Sesi 2024-2026.
Mesyuarat diserikan dengan sesi penyampaian manfaat keahlian kepada ahli kelab, pertukaran hadiah dan cabutan bertuah.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Kuantan
25000