Rfai Explorer

Rfai Explorer

Share

Usahawan Penglipur Lara

28/12/2025

EPISOD 4 — “PINTU YANG TAK PERNAH WUJUD”

Malam turun lebih cepat dari biasa.
Langit pedalaman gelap tanpa amaran.
Elektrik terputus sejak Maghrib — hujan petang tadi belum betul-betul reda.
Azim duduk di ruang tamu,
hanya diterangi cahaya kecil dari tingkap.
Ayat di belakang cermin itu masih bermain di kepala.

“JANGAN BUKA PINTU ITU.”

Masalahnya…
dia tak pernah nampak pintu itu.
Dia capai beg barang,
keluarkan lampu kerja rechargeable yang selalu dia guna masa aktiviti luar dengan murid serta membaiki kereta.

Satu tekan cahaya putih lembut memenuhi ruang.
Tak silau, tapi cukup terang untuk rumah lama yang penuh sudut gelap.
Azim mula menyusuri dinding bilik tengah.
Satu demi satu papan diketuk.
Kosong.
Kosong.
Kemudian…
tok.

Bunyi lain.
Lampu dihalakan ke arah bunyi itu.
Di situ belakang almari kayu lama
ada satu bahagian dinding yang tak sama warna.
Catnya lebih baru.
Seolah-olah pernah ditutup tergesa-gesa.
Dia alihkan almari perlahan.
Habuk berterbangan, membuatkan dia batuk kecil.

Di hadapannya…
sebuah pintu kecil, tanpa tombol.
Hanya garis sambungan kayu yang hampir tak kelihatan kalau bukan kerana cahaya lampu itu.

Azim berdiri kaku.
“Ini… pintu yang tak pernah wujud,”
bisiknya sendiri.
Lampu camping itu diletakkan di lantai,
cahayanya memantul ke pintu —
dan buat seketika,
bayang seseorang kelihatan berdiri di belakang Azim.

Dia berpaling pantas.
Tiada sesiapa.
Cuma pintu itu.
Diam.
Menunggu.
Azim capai telefon, tapi tiada line.
Dia pandang semula pintu kecil itu.
Dan buat pertama kali sejak tiba di rumah ini,
dia memilih untuk tidak membuka sesuatu.
Dia tutup lampu.
Berundur.

Dan tulis dalam buku notanya malam itu:
“Hari keempat.
Rumah ini bukan mahu aku masuk.
Ia mahu aku faham kenapa pintu itu ditutup.”
(bersambung dalam Episod 5 — “Apa Yang Disorokkan”)

Photos from Nasihat Ustaz's post 08/06/2025
08/06/2025

Taylor Swift – Dari Penyanyi Ke ‘Senjata Politik’ Paling Berpengaruh Di Amerika

“Tak sangka... suara lembut Taylor ni boleh gerakkan berjuta rakyat ke pusat undi.”

Tahun 2024, Taylor Swift bukan sekadar artis pop.

Dia kini digelar oleh media US sebagai:

🎤 “The most powerful woman in American politics (without even running).”

Semuanya bermula bila Taylor secara terbuka sokong calon Demokrat dalam pilihan raya dan dalam 24 jam, 65,000 orang daftar jadi pengundi baru.
Bukan 6 ribu. Enam puluh lima ribu. Dalam satu hari. 😳

Sejak tu, parti politik mula ‘gigil’ dengan sebab pengaruh Taylor tak datang dari debat… tapi dari trust & connection dengan peminat.

Dan bayangkan…
Sekali Taylor post pasal undi, engagement dia lebih tinggi dari CNN & Fox News digabungkan.

08/06/2025

“Main kat Arab? Habis la karier dia…”

Itu suara-suara sumbang masa Ronaldo tinggalkan Eropah.

Tapi hari ni?

Dia bukan je player paling kaya dalam dunia (€183 juta setahun) —
Tapi dia jugak dah jadi pemilik sebahagian daripada kelab tu sendiri.

Yes. Al-Nassr bagi dia 5% saham.

Bukan main-main weh.
Daripada orang gelak sebab masuk Liga Arab, terus jadi orang yang ubah lanskap bola sepak kat sana.

Dan kelab siap restructure management, ambik CEO baru — semua sebab nak bina kelab ni ikut pengaruh dan standard Ronaldo.

Moral dia?

Kadang-kadang kita kena percaya dengan jalan yang orang lain tak nampak.

Orang lain tunggu proof.
Tapi kita kena jadi orang yang cipta proof tu dulu.

Sebab bukan semua orang akan faham apa yang kita buat sekarang —
Tapi mereka akan faham bila hasil dia muncul nanti.

Want your business to be the top-listed Media Company in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Kuantan