Prof Dr Wan Azmi
Sharing Experience: Academic Writing Strategy (Thesis/Journal), PG Supervision and Motivation Talk
06/10/2023
Tahniah semua!!!
21 PENYELIDIK UMPSA TERSENARAI 2% SAINTIS TERBAIK DUNIA BAGI DUA KATEGORI PENCAPAIAN
Seramai 21 penyelidik UMPSA tersenarai 2% saintis terbaik dunia bagi 2 kategori termasuk seramai 10 penyelidik tersenarai antara 2% saintis terbaik di dunia bagi kategori Pencapaian Sepanjang Kerjaya (Career-Long Achievement) manakala seramai 20 penyelidik UMPSA turut tersenarai dalam Pencapaian Satu Tahun (Single Year Achievement).
Mereka yang tersenarai dalam kedua-dua pencapaian adalah Profesor Dr. Rizalman Mamat, Profesor Dr. Wan Azmi Wan Hamzah, Profesor Ir. Ts. Dr. Kumaran A/L Kadirgama, Profesor Ts. Dr. Md Mustafizur Rahman, Dr. Sudhakar Kumarasamy, (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Dan Automotif), Profesor Dr. Jayarama Reddy Venugopal, Profesor Dr. Jose Rajan (Fakulti Sains Dan Teknologi Industri), Profesor Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli (Fakulti Komputeran) yang juga merupakan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) dan Profesor Madya Dr. Mohd Herwan Bin Sulaiman (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik).
Dalam pada itu, pensyarah lain yang tersenarai dalam Pencapaian Satu Tahun (Single Year Achievement) adalah Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Mahendran A/L Samykano, Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Wan Sharuzi Wan Harun, (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Dan Automotif), Profesor Dr. Md. Maksudur Rahman Khan, Profesor Dr. Abdurahman Hamid Nour, Dr. Agi Augustine Aja (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia Dan Proses).
Lain-lain Profesor Datoβ Ts. Dr. Zularisam Ab. Wahid, Profesor Madya Dr. Ramadhansyah Putra Jaya, Profesor Madya Ts. Dr. Khairunisa Binti Muthusamy (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam), Dr. Ferda Ernawan (Fakulti Komputeran), Ts. Dr. Ahmad Shahrizan Bin Abdul Ghani, Ts. Dr. Norazlianie Sazali (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Dan Mekatronik).
Manakala Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Ashraf Ahmad (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik) turut tersenarai dalam Pencapaian Sepanjang Kerjaya (Career-Long Achievement).
Pengiktirafan ini merujuk kepada data yang dikeluarkan oleh Elsevier BV, Stanford University baru-baru ini berdasarkan pangkalan data saintis terkemuka (top-cited scientist).
Tahniah! Pensyarah UMPSA.
Kementerian Pendidikan Tinggi
Sumber: Jabatan Penyelidikan dan Inovasi
03/08/2023
Jemputan Ceramah untuk Kursus Penulisan Jurnal di UTHM Batu Pahat, Johor pada 30 Julai 2023
Terima kasih kepada semua peserta yang terlibat semoga sesi perkongsian kali ini memberi manfaat untuk semua.
Terima kasih organizer: Pusat Kepimpinan dan Kompetensi UTHM atas jemputan untuk tahun kedua berturut-turut semoga berjumpa lagi di sesi akan datang. InsyaAllah... ππ₯°π
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
Taman Berjaya Permai
Kuantan
25150