JMG Pahang Rasmi

JMG Pahang Rasmi

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JMG Pahang Rasmi, Public & Government Service, Jalan IM 4/1, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

27/05/2026

Hari Raya Aidiladha ini bukan sekadar perayaan, ia juga adalah hari untuk kita semua menghayati erti pengorbanan, ketaatan, dan keikhlasan dalam setiap aspek kehidupan — sama ada dalam melakukan ibadah mahupun dalam melaksanakan tugasan, amanah serta tanggungjawab dalam kehidupan seharian.

Bagi yang pulang ke kampung halaman atau melakukan perjalanan, didoakan agar dipermudahkan urusan dan selamat sampai ke destinasi masing-masing. Berhati-hati di jalan raya.

Semoga ibadah korban kita pada tahun ini diterima oleh Allah SWT dan membawa keberkatan yang melimpah-ruah kepada kita semua.

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗔𝗶𝗱𝗶𝗹𝗮𝗱𝗵𝗮 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 kepada seluruh umat Islam khususnya rakyat Negeri Pahang, ikhlas daripada Pengarah & Seluruh Warga Kerja, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Pahang

Photos from JMG Pahang Rasmi's post 20/05/2026

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗜𝗡𝗘𝗥𝗔𝗟 𝗗𝗔𝗡 𝗚𝗘𝗢𝗦𝗔𝗜𝗡𝗦 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗝𝗠𝗚) 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗜𝗟. 𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Pahang telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 5/2026 sebagai acara rasmi jabatan.
Majlis Perhimpunan Bulanan ini telah diselaraskan oleh Unit Pengurusan Maklumat (IT) dengan penglibatan petugas dalam kalangan pelajar Latihan Industri iaitu Cik Tengku Amalin dan Cik Athirah selaku pengacara majlis, En.Muhamad Amir sebagai pembaca doa serta En.Zaharil bagi lafaz ikrar.
Majlis diteruskan dengan ucapan dan amanat daripada Pengarah JMG Pahang, En.Mohamed Hizam bin Abdul Kadir yang telah berkongsi prestasi perbelanjaan mengurus dan pembangunan JMG Pahang serta perkembangan semasa jabatan kepada seluruh warga kerja.
Program turut diserikan dengan penyampaian sumbangan kebajikan kepada ahli kelab yang layak, diikuti penyampaian Sijil Pekerja Contoh bagi bulan Januari hingga April serta sambutan hari lahir kepada ahli kelab yang terlibat sebagai tanda penghargaan dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga KESKEPA.
Penganjuran majlis ini menjadi platform dalam mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga JMG Pahang di samping menyemai semangat kebersamaan, kerjasama dan keharmonian dalam kalangan pegawai serta kakitangan jabatan.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Jalan IM 4/1, Bandar Indera Mahkota
Kuantan
25604

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30