CFOST Polisas

CFOST Polisas

Share

CFoST POLISAS merupakan sebuah pusat teknologi di mana ilmu pengetahuan dan teknologi dalam bidang T

13/04/2026

ULANG SIAR iFAMB@SEN2026

iFAMB@SEN2026 – International Agrofood and Biotechnology Festival @ Special Education Needs 2026 Returns!
2026 Edition: Innovation Competition, Research Paper Presentations, Entrepreneurship Competition, and CSR Activities.
Organized by: Institute of Brunei Technical Education (IBTE) in collaboration with Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) and the Curriculum Division, JPPKK.

Strategic Partners: Universitas Hasanuddin (UNHAS), Beijing Vocational College of Agriculture (BVCA), and the Southeast Asian Food & Agricultural Science & Technology Center (SEAFAST Center), IPB University.

📅 Date:
29–30 July 2026 – Research Paper Presentations (Online)
2–4 August 2026 – Main Event
2 August 2026 – CSR Programme
3 August 2026 – Innovation and Entrepreneurship Competitions
📍 Venue: Dewan Mahkota, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Read full details here:
https://sites.google.com/polisas.edu.my/ifamb2026/

Photos from CFOST Polisas's post 08/04/2026

PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS KE UNIVERSITI HASANUDDIN (UNHAS) DAN LAWATAN KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT KONSUL KEHORMAT MALAYSIA DI MAKASSAR, SULAWESI SELATAN

2-4 APRIL 2026 | Telah berlangsung Program Lawatan Penanda Aras ke Universiti Hasanuddin (UNHAS) serta lawatan kunjung hormat ke Pejabat Konsul Kehormat Malaysia di Makassar. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik di peringkat antarabangsa POLISAS dan UNHAS. Delegasi daripada POLISAS terdiri daripada 10 orang pensyarah diketuai oleh Ketua Unit Pembangunan Teknologi, Ts. Mohd Syafarim bin Md Ishak.

Sepanjang program lawatan di Makassar, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan di UNHAS termasuk sesi mesyuarat strategik bersama Director of Partnership, UNHAS, Dr. Ansariadi bersama dekan-dekan fakulti yang terlibat bagi membincangkan peluang jaringan kerjasama, lawatan ke Fakulti Vokasi dan Fakulti Teknologi Pertanian serta fasiliti makmal bagi meninjau amalan terbaik dalam pendidikan vokasional dan teknologi pertanian. Program ini turut merangkumi lawatan ke Teaching Industry dan Technology Transfer Office (TTO), lawatan teknikal ke loji pemprosesan coklat dan minyak kelapa, serta pelaksanaan aktiviti khidmat masyarakat (CSR) melalui program perkongsian ilmu berkaitan pemprosesan makanan dan pengurusan keselamatan makanan.

Selain itu, delegasi turut mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Konsulat Malaysia di Makassar bagi membincangkan perkara berkaitan kebajikan pelajar dan sokongan diplomatik. Ketibaan rombongan POLISAS disambut mesra oleh Yang Mulia Tuan Dr. H. Bahar Ngitung, MBA, Konsul Kehormat Malaysia di Makassar.
Program ini bertujuan memperluas peluang kolaborasi dalam bidang akademik, penyelidikan, mobiliti pelajar serta khidmat masyarakat (CSR), di samping meninjau amalan terbaik dalam pendidikan vokasional dan pemindahan teknologi.

Pusat Teknologi -COT- Politeknik Malaysia
Bahagian Governan dan Kecemerlangan - BGK, JPPKK

05/02/2026

🎓 Kursus Pensijilan Profesional – Eksekutif Halal
Anjuran Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)

✅ Diiktiraf oleh JAKIM

Perkukuhkan kelayakan profesional anda melalui kursus yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan selaras dengan keperluan industri halal semasa.

Kursus ini memberi pendedahan menyeluruh merangkumi konsep dan prinsip halal, keperluan pensijilan JAKIM, serta pengurusan Sistem Jaminan Halal di organisasi.

📘 Pengisian kursus:
✔️ Prinsip & standard halal
✔️ Proses pensijilan halal JAKIM
✔️ Pengurusan dan pematuhan Sistem Jaminan Halal
✔️ Isu ketidakpatuhan dan kawalan kualiti

👥 Sesuai untuk:
Eksekutif industri, pegawai halal & kualiti, usahawan, serta graduan yang ingin membina kerjaya dalam industri halal.

🎓 Sijil pensijilan profesional disediakan
📌 Tempat terhad
👉 Daftar sekarang dan tingkatkan kredibiliti anda sebagai Eksekutif Halal bertauliah.

Pusat Teknologi -COT- Politeknik Malaysia
Bahagian Governan dan Kecemerlangan - BGK, JPPKK
Politeknik.kolejkomuniti
I ❤️ PAHANG

Want your school to be the top-listed School/college in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Kuantan
25350

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00