Akademi Khat Negeri Pahang

Akademi Khat Negeri Pahang

Share

Akademi Khat Negeri Pahang merupakan sebuah akademi yang ditubuhkan oleh Yayasan Pahang bagi memartabat dan meluaskan akses ilmu seni khat kepada masyarakat.

Photos from Akademi Khat Negeri Pahang's post 03/10/2024

"Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali"

Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Ustaz Mohammed Yusof Bin Abu Bakar telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.07 minit pagi tadi di rumahnya.

Untuk makluman semua, Allahyarham Ustaz Mohammed Yusof adalah merupakan :-
- Penulis utama khat di ruang solat utama Masjid Negara di era pembinaan
- Penulis khat Masjid Putra dan Masjid Mizan Zainal Abidin
- Mantan Pengerusi Persatuan Seni Khat Kebangsaan
Jenazah Allahyarham akan dimandi dan dikafankan di Masjid Kg Tunku pada jam 2.30 petang ini. Solat jenazah akan dibuat pada selepas solat asar dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Kota Damansara.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman. Al-fatihah

Kredit : Seni Khat Warisan Islam

Photos from Akademi Khat Negeri Pahang's post 26/08/2024

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

(الَّذِيْنَ ءَامَنُوا وَتَطْمَىِٕنُّ قُلُوْبُهُمْ بِذِكْرِ اللّٰهِ ۗ اَلَا بِذِكْرِ
اللّٰهِ تَطْمَىِٕنُّ الْقُلُوْبُ)

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan “dzikru’llah”. Ketahuilah! Dengan “dzikru’llah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
-Surah Ar-Ra’d Ayat: 28-

Penulis khat : Khattat Majid Zuhdi
Wafat : H. 1380
M. 1961

05/07/2024

Karya tulisan Basmalah daripada penulis khat yang berbeza.
Dari atas ke bawah :

Khattat Mustafa Izzat

Khattat Sami Efendi

Khattat Syauqi Efendi

Khattat Ahmad Kamil

Khattat Hamid Al-Amidi

Khattat Majid Zuhdi

01/07/2024

[Khat di peringkat awal]

Kepentingan tulisan semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat kerana setiap berita, penurunan wahyu, hadith-hadith nabi dan kerja penyuratan perlu disalin atau ditulis dengan teliti dan betul untuk menjadi tatapan masyarakat Islam dari segenap latar belakang. Peranan jurutulis menjadi semakin dihormati dan hasil dari penulisan mereka dipelihara sebaik mungkin, selain mendapat kepercayaan dan kedudukan yang istimewa daripada pemerintah dan masyarakat Islam.

Umat Islam pada era itu didorang untuk menuntut ilmu dalam apa jua keadaan sekali pun walaupun terpaksa berkelana di luar kawasan perkampungan sendiri. Dan anak-anak penduduk setempat akan dihantar ke kuttab [sekolah agama] serta pelbagai institusi baik secara formal mahupun sebaliknya. Usaha ini dijalankan bagi memastikan masyarakat mendapat pelbagai cabang ilmu pengetahuan termasuk kemahiran menulis.

Sesuai dengan perkembangan globalisasi, sistem tulisan kian menjadi semakin kemas dan teratur, dalam masa yang sama nilai estetikanya menunjukkan perubahan ke arah lebih positif. Kewujudan kepelbagaian khat pada era kontemporari telah merancakkan lagi aktiviti dan revolusi seni khat sesuai mengikut peredaran dan perubahan zaman.

Rujukan: Abd Rahman Hamzah (Khat & Jawi Mutiara Kesenian Islam Sejagat).

Ditulis oleh: Mohd Azhan Hamka.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Kuantan
26400