Briged Tenggara PGA Rasmi

Briged Tenggara PGA Rasmi

Share

Organisation

11/05/2026

𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎 𝐌𝐎𝐍𝐓𝐀𝐉 | 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔

Photos from Briged Tenggara PGA Rasmi's post 09/05/2026

OP TARING WAWASAN KELANTAN

TUMPAT, 9 Mei - Pasukan Task Force Batalion 9 PGA Kuala Terengganu berjaya menahan tiga individu dalam Op Taring Wawasan Kelantan di kawasan Pengkalan Haram Masjid Taqwa, Kampung Simpangan, kira-kira jam 4.30 petang semalam. Ketika rondaan dijalankan, pihak polis mengesan sebuah Mercedes Benz S500L dalam keadaan mencurigakan berhampiran tepi sungai sebelum melihat suspek berulang kali mengambil beberapa bungkusan plastik lutsinar dari tebing sungai dan meletakkannya ke dalam kenderaan.

Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu menemukan lima bungkusan plastik lutsinar mengandungi dadah disyaki bunga g***a seberat kira-kira 6 kilogram. Tiga individu yang ditahan ialah dua wanita tempatan dan seorang lelaki warga Jordan. Turut dirampas sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz S500L, beberapa helai pakaian serta dokumen peribadi. Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM630,100.00. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 sebelum semua tangkapan serta barang kes diserahkan kepada BSJND IPD Tumpat untuk tindakan lanjut.

Hasil siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek mengaku terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah. Dua daripada suspek mengaku ini merupakan kali pertama mereka mengambil bekalan dadah di kawasan pengkalan haram tersebut. Siasatan turut mendapati seorang wanita tempatan dipercayai bertindak sebagai orang tengah antara pembekal dadah di Thailand dengan dua lagi suspek. Menurut pengakuannya, bekalan dadah itu diperoleh daripada seorang pengedar di kawasan Golok. Suspek berkenaan juga mengaku sedang mencari dua lagi individu terbabit bagi membawa bekalan itu ke Kuala Lumpur dengan upah sebanyak RM300 bagi setiap kilogram. Dadah tersebut dipercayai akan dihantar kepada seorang lelaki di Kuala Lumpur sebelum bayaran upah dibayar oleh pembekal dari Thailand untuk diagihkan kepada penghantar. Polis percaya pendedahan ini menunjukkan wujudnya rangkaian pengedaran dadah di sempadan yang menggunakan laluan pengkalan haram sebagai transit sebelum bekalan dibawa ke pasaran tempatan. Semua suspek bersama kenderaan yang dirampas telah diserahkan kepada BSJND IPD Tumpat, manakala pemantauan dan operasi di laluan sempadan akan terus dipertingkatkan bagi mengekang aktiviti penyeludupan dadah di kawasan berkenaan.

Batalion 9 Pasukan Gerakan Am
Pasukan Gerakan Am - PGA
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM

08/05/2026
Want your organization to be the top-listed Government Service in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Markas Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Kem Bukit Galing
Kuantan
25990

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00