Comel Homestay

Comel Homestay

Share

Comel Homestay offers a cozy accommodation for those travelling to Gebeng and Balok. We accomodate short and long stays.

30/04/2026

Happening Kuantan weekend ni πŸ˜ƒ

Selamat bercuti semua!

29/01/2026

Salam.. Saya ada beberapa barang homestay untuk dijual.

- Katil Queen Solid Wood (RM300)
- Tilam Queen (RM50) x 5 unit
- Almari Baju Sliding 2 Pintu - (RM100)
- Almari Baju 3 Pintu - (RM100)
- Meja TV (RM50)
- Sofa 2 Seater (RM80)
- Sofa 3 Seater (RM100)
- Meja Study (Solid & Berat) - (RM50)
- Almari Solek (RM80)
- Rak Tuala Besi (RM10) x 2
- Kipas Berdiri (RM50) x 2

Condition : As is
PM untuk gambar.
**Pengangkutan Sendiri
Lokasi Balok Perdana

07/06/2025

πŸ₯© 12 Tips lembutkan daging korban yang masih ramai tidak tahu!

Ramai s**a masak daging, tapi tak ramai yang s**a tunggu lama nak empukkan daging. Kadang-kadang, sibuk layan tetamu pun kena intai periuk β€” daging dah lembut ke belum?

Berita baik! Kini ada banyak cara moden dan tradisional untuk lembutkan daging dengan cepat dan berkesan, hanya guna bahan di dapur anda. Jom lihat 12 petua praktikal ini:

1. Guna Bahan Besi atau Tembaga (Contoh: Sudu, Senduk, Acuan Loyang)
Letakkan dalam periuk semasa merebus. Bahan besi dan tembaga adalah pengalir haba yang baik, membantu mengekalkan suhu dan mempercepatkan daging empuk.

2. Lemon atau Limau Nipis
Hiris nipis dan perap bersama daging selama 2 jam hingga semalaman. Kandungan asid semula jadi akan membantu memecahkan serat daging.

3. Baking Soda
Lumurkan baking soda pada daging selama 20 minit. Kemudian basuh bersih sebelum dimasak. Bahan aktif ion bikarbonat membantu melembutkan struktur daging.

🧼 Pastikan daging tidak rasa licin selepas dibasuh!

4. Kurma
Masukkan 4–6 biji kurma ke dalam periuk semasa merebus. Kurma bukan saja beri rasa manis semula jadi, tapi juga bantu lembutkan daging secara semulajadi.

5. Potong Lawan Urat
Potong daging melawan arah urat supaya lebih cepat empuk ketika dimasak. Minta bantuan tukang daging jika kurang pasti. Buang juga selaput putih pada daging.

6. β€œMati Air” – Goreng Tanpa Minyak & Air
Potong kecil dan goreng atas api kecil tanpa air atau minyak. Daging akan keluarkan air sendiri. Bila air kering, daging lebih cepat empuk.

7. Guna Ais
Letak beberapa ketul ais semasa air rebusan sedang menggelegak kuat. Perubahan suhu mengejut ini bantu mengurai serat daging lebih cepat.

8. Masak Guna Pressure Cooker
Kalau ada periuk tekanan tinggi, ini cara paling pantas. Dalam masa kurang 30 minit, daging dah empuk. Gabungan tekanan dan wap panas menjadikan daging cepat masak.

9. Ketuk Guna Meat Mallet
Guna tukul daging (meat hammer) untuk pukul daging sebelum dimasak. Ini bantu nipiskan serat dan lembutkan tekstur β€” teknik biasa digunakan dalam steak & lamb chop.

10. Coca-Cola
Perap daging semalaman dengan Coca-Cola. Kandungan asid dan gula bantu melembutkan dan menambah rasa sedap. Digunakan juga dalam dapur restoran Barat.

11. Nenas
Hiris nipis 1–3 keping nenas dan masukkan dalam periuk semasa merebus. Nenas kaya dengan enzim bromelain yang berkesan untuk pecahkan protein keras dalam daging.

🍍 Jangan guna terlalu banyak, nanti daging boleh jadi lembik!

12. Cuka
Tambahkan sedikit cuka dalam rebusan atau perapan. Asid asetik dalam cuka bantu pecahkan ikatan protein dalam daging, menjadikan ia lebih lembut.

βœ… Tip Ekstra: Jangan Tunggu Baru Cuba!
Petua ini bukan saja jimat masa β€” malah boleh selamatkan tenaga, elakkan pembaziran gas & buatkan sajian daging anda lebih sedap dan cepat siap.

πŸ’‘ Jadi suri rumah atau tukang masak yang bijak – pilih kaedah yang sesuai dengan masa, bahan dan cita rasa anda!

Kredit: Kini Viral

Photos from Comel Homestay's post 31/05/2025

Selamat bercuti semua, safe travels :))

28/05/2025

Ramai yang confused nampaknya πŸ˜…
Ni sumber dari RTM, sohih lah in sya Allah.
Selamat beribadah di 10 hari terawal Zulhijjah buat semua Muslimin dan Muslimat😊😊

Want your business to be the top-listed Realtor/realty Service in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Kuantan
25000