KEMAS Negeri Pahang

KEMAS Negeri Pahang

Share

JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) NEGERI PAHANG, Tingkat 12, Wisma Persekutuan, 25000 KUANTAN

Photos from KEMAS Negeri Pahang's post 06/07/2026

πŸ† πŒπ”π€π…π€πŠπ€π“ πŒπ„π‹π€πŠπ€π‘ πŠπ„π‰π€π˜π€π€π, πŠπ† 𝐃𝐄𝐒𝐀 πŒπ”π‘ππˆ, πŠπ„π‘πƒπ€π”, π“π„πŒπ„π‘π‹πŽπ‡ 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga Kg Desa Murni, Kerdau, Temerloh, Pahang atas kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai Johan Anugerah Utama Aspirasi Desa MADANI (ADM) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 pada Sambutan Hari Pembangunan Luar Bandar Sedunia 2026 dan Hari Peneroka FELDA 2026 yang berlangsung di Stadium Tun Abdul Razak (STAR), Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang.

Lebih membanggakan, Kg Desa Murni turut berjaya merangkul Anugerah Desa Mampan dan Anugerah Profiling Komuniti Desa, sekali gus membawa p**ang hadiah keseluruhan berjumlah RM150,000.

Kejayaan gemilang ini merupakan bukti bahawa semangat permuafakatan, kepimpinan yang berwibawa, komitmen yang tinggi serta kerjasama erat seluruh komuniti mampu melahirkan sebuah desa yang cemerlang, progresif dan berdaya saing. Ia bukan sahaja menjadi kebanggaan warga Kg Desa Murni, malah turut mengharumkan nama Negeri Pahang di persada kebangsaan.

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Pahang turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua komuniti serta masyarakat Kg Desa Murni, Kerdau, Temerloh, Pahang yang telah menyumbang tenaga, idea dan usaha sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam merealisasikan kejayaan yang amat bermakna ini.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh perpaduan, memperkasa pembangunan komuniti serta menginspirasi lebih banyak kampung di seluruh negara agar terus melakar kecemerlangan demi kemajuan desa dan kesejahteraan masyarakat.

Syabas dan tahniah! Kejayaan Kg Desa Murni adalah kebanggaan seluruh rakyat Pahang. Teruskan melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada komuniti desa di seluruh Malaysia. πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Photos from KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat's post 06/07/2026

ππ„ππ†πˆπŠπ“πˆπ‘π€π…π€π πŠπ„π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†π€π πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ 𝐃𝐄𝐒𝐀 πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ‡π€π’ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ‡π€π’ π€π’ππˆπ‘π€π’πˆ

JENGKA, 6 Jul. - Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Hajah Rubiah Wang telah menyempurnakan sesi penyampaian Anugerah Khas Pengurusan dan Anugerah Khas Aspirasi bagi Anugerah Aspirasi Desa Madani Tahun 2025 sempena Hari Pembangunan Luar Bandar Sedunia 2026 dan Hari Peneroka FELDA 2026 yang berlangsung di Stadium Tun Abdul Razak (STAR), Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang.

Antara penerima Anugerah Khas Pengurusan ialah:
πŸ† Pengurusan Sistematik – Kampung Hutan Percha, Alor Gajah, Melaka.
πŸ† Anugerah Khas Juri (Ekonomi) – Kampung Sungai Itau, Langkawi, Kedah.
πŸ† Anugerah Khas Juri (Budaya) – Kampung Kemunchup, Machang , Kelantan

Bagi Anugerah Khas Aspirasi, antara kategori yang menerima pengiktirafan ialah:
πŸ† Profiling Komuniti Desa – Kampung Desa Murni, Kerdau, Temerloh, Pahang
πŸ† Video Viral – Uma Daro, Julau, Sarawak.
πŸ† Video Kreatif – Kampung Perlis, Balik Pulau, Pulau Pinang.
πŸ† Kemampanan Warisan – Kampung Pulau Manis Serada, Kuala Terengganu, Terengganu.
πŸ† Produk JPKK – Kampung Bayai Baru, Jempol, Negeri Sembilan.
πŸ† Inovasi JPKK – Kampung Simpang Sanglang, Arau, Perlis.
πŸ† Pengucapan Awam Harapan – Kampung Empila Hilir, Kota Samarahan, Sarawak.
πŸ†Pengucapan Awam Terbaik - Kampung Permatang Duku, Johor
πŸ†Bahas Terbaik – Kampung Kilan, Wilayah Persekutuan Labuan
πŸ†Bahas Harapan – Koa Lata Kinjang, Tapah, Perak

Sebagai agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) terus komited memperkasa komuniti desa melalui pembangunan modal insan, pendidikan sepanjang hayat, latihan kemahiran serta pelbagai program pembangunan komuniti yang menyokong aspirasi Malaysia MADANI dan pembangunan luar bandar secara mampan.

Tahniah kepada semua penerima anugerah atas kejayaan yang membanggakan. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh pembangunan komuniti desa di seluruh negara.

RTMKlik 06/07/2026

RTMKlik Selamat datang ke RTMKlik

Photos from Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah's post 05/07/2026
Want your organization to be the top-listed Government Service in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Kuantan

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00