JPW Pahang
Laman Facebook rasmi Jabatan Pembangunan Wanita Pahang. Memaparkan segala aktiviti dan inisiatif di
13/05/2026
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐓𝐀𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
Program Meningkatkan Daya Tahan & Psikologi Wanita (MATAHARI) Siri 9 yang membawakan topik "Bahagia di Sebalik Spektrum; Mengimbangi Kerjaya, Diri & Anak Autisme" telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Mei 2026. Pengisian program yang disampaikan oleh penceramah jemputan Puan Nor Elena Mohamad Razalli, seorang Pediatric Occupational Therapist, telah mengupas dengan mendalam strategi mengimbangi tanggungjawab profesional dan peribadi bagi ibu bapa yang membesarkan anak-anak autisme. Program ini bukan sahaja memberikan pengisian yang berinformasi, malah berjaya mewujudkan ruang sokongan emosi bagi audiens yang mengikuti siaran langsung ini di platform Facebook JPW Pahang.
Dari segi pencapaian, sesi yang bersiaran selama satu jam ini telah menarik minat audiens yang sangat luas dengan merekodkan sebanyak 7,108 jumlah tontonan (viewers). Tahap keterlibatan audiens juga amat membanggakan apabila program ini berjaya meraih 87 jumlah perkongsian (shares), yang secara tidak langsung membantu penyebaran ilmu ini kepada lebih ramai masyarakat di luar sana. Selain itu, seramai 2,155 peserta telah mendaftar dan menjawab penilaian program, menunjukkan komitmen serta maklum balas aktif daripada penonton terhadap pengisian yang disampaikan.
11/05/2026
𝐁𝐞𝐧𝐠𝐤𝐞𝐥 𝐏𝐞𝐜𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐤𝐮𝐭 𝐋𝐢𝐯𝐞 𝟏.𝟎
Pada 8 Mei 2026, JPW Pahang telah berjaya melaksanakan Bengkel Pecah Takut Live 1.0 di bawah inisiatif Community Based Enterprise (CBE). Program ini dirangka khusus untuk memperkasakan usahawan wanita dengan kemahiran komunikasi digital, terutamanya dalam mengendalikan sesi penyiaran langsung (live streaming) bagi tujuan pemasaran produk.
Seramai 12 orang peserta telah dipilih bagi memastikan sesi bimbingan dilakukan secara intensif dan fokus. Objektif utama bengkel ini adalah untuk membantu peserta mengatasi perasaan gemurung, malu, dan tidak yakin apabila berhadapan dengan kamera. Melalui modul praktikal, peserta didedahkan dengan teknik pengucapan awam yang berkesan, cara berinteraksi dengan penonton secara masa nyata, serta aspek teknikal seperti pencahayaan dan kualiti audio yang profesional.
Langkah strategik ini bertujuan memastikan usahawan wanita di bawah naungan JPW Pahang tidak ketinggalan dalam trend ekonomi digital. Dengan penguasaan teknik Live di platform media sosial, 12 peserta ini kini bersedia untuk melonjakkan jenama perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi, sekaligus meningkatkan pendapatan keluarga dan memperkukuh ekonomi komuniti setempat secara mampan.
08/05/2026
Pengurusan kewangan yang bijak adalah kunci kebebasan masa hadapan.
Jom sertai Bengkel Pengurusan Kewangan & Kredit (Siri 2) di Temerloh. Kita belajar cara "pikat" bank dan cara urus duit supaya tak bocor!
📍 Lokasi: Dewan Seminar Kancil Raja, Temerloh
🗓 Tarikh: 20 Mei 2026 (Rabu)
🕙 Masa: 8.30 pagi - 1.00 petang
🎟 Yuran: RM65 (e-sijil disediakan)
Tempat adalah *TERHAD kepada 50 peserta sahaja.*
Hubungi kami segera untuk tempahan slot:
👉 WhatsApp: 013 - 656 1769
👉 Scan QR pada poster untuk daftar.
08/05/2026
E-SIJIL PROGRAM MATAHARI SIRI KE-5
Tajuk: PENGURUSAN KESIHATAN MENTAL DAN KEPENTINGAN SISTEM SOKONGAN pada 28 APRIL 2026.
𝐒𝐈𝐀𝐏 𝐃𝐈𝐉𝐀𝐍𝐀. Tuan/puan boleh muat turun (download) di sini : https://sites.google.com/jpw.gov.my/sijil-jpw-pahang/home
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
PEJABAT PEMBANGUNAN WANITA NEGERI PAHANG, A-589 Jalan TELUK SISEK
Kuantan
25150
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |