OLIVE HOUSE BALOK
Produk Semula Jadi dan Organik terbukti dan diakui secara saintifik yang menjadi pilihan ramai. Maka
08/11/2021
aku memang tak menjangkakan aku akan terkena serangan jantung.
Tapi bila kenangkan semula gaya hidup aku selama ini yang terlalu sibuk dengan kerjaya, aku terpaksa terima kenyataan. Aku ingat aku sihat rupanya tidak. Mana tidaknya, setiap hari aku balik lambat. Makan p**a semuanya yang segera dan lebih parah aku kerap makan lewat malam ketika p**ang dari kerja.
Bersenam? Aku pun dah tak ingat bila kali terakhir. Yang aku tahu setiap tahun seluar aku bertambah inci pada bahagian pinggangnya. Membesar menjadi jalur lebar dengan jayanya dan selalu menjadi bahan contoh sebagai seorang yang ‘bahagia’ dengan perut yang ke depan. Hahaha.
Sejak kejadian dimasukkan ke hospital tu aku mula ubah sedikit demi sedikit gaya hidup aku yang tak sihat selama ini. Syukur juga isteri aku banyak membantu dalam bab ni. Selama ni aku sering perlekeh bila tengok dia amalkan makanan organik, ambil madu, cuka tin dan macam-macam lagi la. Sekarang ni, semua tu dah jadi pendamping aku.
Semua makanan sihat ni kategori tinggi antioksidan. Sarat nutrisi untuk tubuh. Paling best bila doktor sahkan salur darah yang tersumbat tu dah clear macam lebuhraya 4 barisan tanpa perlu membuat pembedahan. Hanya kurang 2 bulan setelah aku mula amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat.
Aktiviti fizikal p**a aku pilih berbasikal. Sesuai dengan berat aku waktu tu yang melebihi 120kg. Untuk berlari akan memberi tekanan dan membahayakan lutut aku. Jadi aku pilih berbasikal dengan berperingkat-peringkat menambah jarak kayuhan. Alhamdulillah setelah 5 bulan, aku dah boleh buat kayuhan melebihi 100km. Berat badan p**a kini dah berkurang kepada 95kg dan sedikit masa lagi aku yakin akan kembali ke berat ideal.
Di pejabat p**a, aku kini tak jemu beri nasihat pada kawan-kawan yang masih tidak pedulikan pemakanan sihat. Yang masih setiap hari memesan makanan segera secara atas talian. Ye, semua itu memang sedap tapi kesedapan yang hanya sementara.
Bagi aku, kejadian kembali sihat selepas serangan jantung itu seolah memberi peluang kedua buat aku. Aku dah berjanji pada isteri dan anak-anak yang aku tak kan sia-siakan lagi peluang yang telah diberi. Sihat itu jihad. InsyaAllah.
24/09/2021
✨ *AafiyatSharing:* _"Pengambilan Minyak Zaitun Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung"_; *Ya atau Tidak?*
Hmm, mesti ramai nak tahu kan?
Jawapannya ada pada kajian berskala besar melibatkan 61,181 wanita dari Nurses' Health Study (1990 hingga 2014) dan 31,797 lelaki daripada _Health Professionals Follow-up Study_ (1990 hingga 2014) yang bebas daripada barah, penyakit jantung, dan strok.
Pola pemakanan (diet) mereka dinilai melalui soal selidik terperinci.
*Pemerhatian selama 24 tahun ini menyimpulkan bahawa:*
✅ *Pengambilan minyak zaitun sememangnya mengurangkan risiko penyakit jantung* samada dalam kalangan lelaki mahupun wanita.
✅ Amalan *menggantikan* marjerin, mentega, mayonis, dan lemak tenusu *dengan minyak zaitun juga membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.*
✅ Purata pengambilan Minyak Zaitun dalam kajian ini adalah *12g sehari (1 sudu besar) manakala dalam kajian lain sehingga 40g sehari.* (kurang lebih 4 sudu besar)
Di *Olive House, kami mencadangkan pengambilan:*
📍Dewasa *1 - 4 sudu besar* pengambilan Minyak Zaitun Olivie Plus 30 setiap hari sebagai *tanda penghargaan pada jantung kita.*
📍Untuk *kanak-kanak p**a memadai 1/2 - 1 sudu teh bermula usia 6 bulan keatas* samada dicampur bersama madu atau makanan mereka.
Ambilan boleh dibuat pada *waktu pagi (sebaik sahaja bangun tidur & pada waktu malam (betul-betul sebelum tidur).*
Rujukan; Guasch-Ferré, M., Liu, G., Li, Y., Sampson, L., Manson, J. E., Salas-Salvadó, J., . . . Hu, F. B. (2020). Olive Oil Consumption and Cardiovascular Risk in U.S. Adults. _Journal of the American College of Cardiology_ , 75(15), 1729-1739. doi:10.1016/j.jacc.2020.02.036
Dapatkan pdf kajian disini: https://bit.ly/3hWyh1Y
29/07/2021
✨ _*InfoAafiyat*_ : Pantau Pemakanan Anak-anak Untuk Elakkan Kebantutan
‘Malaysia mencatatkan angka 20.7% kadar kebantutan di kalangan kanak-kanak dan nilai ini lebih mengungguli berbanding hanya 7,4% di Tebing Barat & Gaza yang dibelenggu konflik keganasan’. - (Sumber : UNICEF / WHO / World Bank Group)
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah kebantutan bukan semata-mata berkaitan masalah ketinggian, tetapi ia juga satu petanda kepada tahap kesihatan yang berpunca daripada malnutrisi dan juga jangkitan berulang kali.
Malnutrisi dikaitkan dengan berlebihan atau kekurangan pengambilan makanan seimbang secara harian oleh individu atau pop**asi, contohnya di kalangan kanak-kanak sekolah juga remaja.
Mereka berada dalam situasi ‘malnourished’. Terutamanya banyak mengambil makanan berproses dalam menu makanan harian dan situasi ini juga bakal melemahkan Sistem Imunit badan.
Oleh itu, dalam situasi ‘lockdown’ sekarang ini, sila lah pantau jadual pemakanan seisi keluarga agar dapat mengatasi situasi ini daripada berlarutan dan menjadi semakin parah.
Dengan pengambilan Nutrien seperti Vitamin, Mineral dan Sebatian Polifenol dalam makanan harian insyaAllah akan memberikan impak positif kepada perkembangan anak-anak dan ke arah kehidupan yang lebih sihat.
Madu Asli yang dihasilkan secara semulajadi (bonus jika Multiflora) mengandungi jaringan Vitamin, Mineral dan Sebatian Polifenol.
Cuba amalkan pengambilan Madu Asli ini 1 sudu teh setiap hari yang dimakan secara terus di awal pagi sebelum anak-anak menjalani PDPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah).
_Dapatkan Madu dari Pergunungan Kyrgyzstan daripada ejen-ejen rasmi Olive House sekarang._
Selamat mencuba ! 🤗
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
Kuantan
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| 18:00 - 22:00 | |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| 18:00 - 22:00 | |
| Wednesday | 09:00 - 22:00 |
| 18:00 - 19:00 | |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| 18:00 - 19:00 | |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| 18:00 - 22:00 | |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| 18:00 - 22:00 | |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |
| 18:00 - 22:00 |