UMPSA Advanced

UMPSA Advanced

Share

UMPSA Advanced is a wholly-owned subsidiary of Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

Lifelong Learning Centre
"Where Learning Never Ends"

05/06/2026

UCAPAN PENGHARGAAN DAN SELAMAT MAJU JAYA BUAT YBHG. PROF. TS. DR. AIDA BINTI MUSTAPHA

Seluruh warga UMPSA Advanced menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Prof. Ts. Dr. Aida Binti Mustapha atas segala usaha, dedikasi dan kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang memegang amanah sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Komitmen serta sumbangan beliau dalam memperkasa agenda penyelidikan, inovasi dan kecemerlangan universiti telah memberikan impak yang besar kepada perkembangan UMPSA.

Segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang.

Semoga YBhg. Prof. terus dikurniakan kesihatan yang baik, kejayaan berterusan serta dipermudahkan segala urusan pada masa hadapan.

Terima kasih atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang diberikan.

01/06/2026

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Sembah Takzim daripada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan serta Seluruh Warga UMPSA Advanced.

31/05/2026

Anda juga boleh memasuki UMPSA melalui saluran terbuka di sini: https://open-intake.umpsa.edu.my/

31/05/2026

πŸͺ· SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 2026 πŸͺ·

Seluruh warga UMPSA Advanced mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut Buddha yang meraikannya.

Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa ketenangan jiwa, kebahagiaan serta kesejahteraan yang berpanjangan buat anda dan keluarga tersayang.

Marilah kita bersama-sama memperkukuhkan semangat perpaduan, saling menghormati serta menghargai kepelbagaian yang menjadi asas keharmonian dalam masyarakat.

Selamat Menyambut Hari Wesak.

22/05/2026

HARI HOL PAHANG | 22 Mei 2026

Menjunjung kasih dan memperingati Hari Hol Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.

Semoga segala jasa, kepimpinan dan sumbangan Almarhum Tuanku terus dikenang serta menjadi inspirasi kepada rakyat Negeri Pahang.

Ikhlas daripada seluruh warga UMPSA Advanced.

21/05/2026

UMPSA Advanced kini membuka peluang kepada individu yang berpengalaman dan bersemangat untuk menyertai kami sebagai Trainers / Facilitators bagi Masterclass Program for Digital Competency Development.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman dalam bidang teknologi pendidikan, Google Workspace, pedagogi digital atau reka bentuk instruksional, kami mengalu-alukan penyertaan anda untuk bersama-sama membangunkan kompetensi digital masa hadapan.

πŸ—“ Tarikh tutup permohonan: 31 Julai 2026
πŸ”— Daftar sekarang di: mytalenthub.com.my




--------------------------------------------------------------------------
πŸ“’ WE ARE HIRING!

UMPSA Advanced is looking for passionate and experienced individuals to join us as Trainers / Facilitators for the Masterclass Program for Digital Competency Development.

If you have experience in educational technology, Google Workspace, digital pedagogy, or instructional design, we welcome you to be part of our mission in empowering future digital competencies.

πŸ—“ Closing date: 31 July 2026
πŸ”— Apply now at: mytalenthub.com.my

21/05/2026

Seluruh warga UMPSA Advanced merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Prof. Ts. Dr. Kamal Yusoh atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berkuat kuasa 20 Mei 2026.

Semoga pelantikan ini akan terus memperkukuh kecemerlangan akademik, memperluas jaringan antarabangsa serta memacu UMPSA ke arah pencapaian yang lebih cemerlang.

Selamat menjalankan amanah dan semoga terus sukses dalam kepimpinan yang dibawa.

Want your university to be the top-listed University in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
Kuantan
26300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00