Pulapol Kuching Official
Ini adalah
LAMAN RASMI PULAPOL KUCHING
Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia Kuching Sarawak
07/05/2026
MAJLIS PENUTUPAN RASMI LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) SIRI 3/2026 – PENGGUNAAN ALAT HANDHELD GPS DAN DIGITAL COMPUTERIZED MAPPING DALAM PENUGASAN SAR DAN COVERT OPERATION
Tarikh : 07 Mei 2026
Tempat : Dewan Santubong, PULAPOL Kuching
Majlis Penutupan Rasmi Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Kump**an Inovatif dan Kreatif (KIK) Siri 3/2026 telah disempurnakan oleh YDH DCP Shaifullizan Bin Ishak, Timbalan Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sarawak.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YDH SUPT Damatric mewakili Pengurusan IPK Sarawak, DSP Mohamad Sayed Bin Abdul Amit, Ajutan Briged Sarawak PGA, DSP Norlaily Bt Md Akhir, Timbalan Komandan (UTKA) PULAPOL Kuching, DSP Jefferson Wilfred Ahmin, Ketua Bahagian Penyelidik Latihan. DSP Saga Anak Chunggat, Ketua Polis Daerah Dalat selaku penyelaras LDP.
Latihan ini telah berlangsung selama tiga (3) hari bermula 05 Mei 2026 hingga 07 Mei 2026 dan dianjurkan oleh IPD Dalat dengan kerjasama Pusat Pengajian PGA, PULAPOL Kuching.
Objektif utama latihan ini adalah untuk memberikan kemahiran kepada peserta dalam membaca peta topografi, penggunaan alat Handheld GPS serta pemetaan digital khusus bagi membantu pelaksanaan operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta covert operation secara lebih sistematik, tepat dan berkesan.
‘Latihan Menjamin Kecemerlangan’
20/04/2026
SERAH TERIMA TUGAS TKL PLPK
—————
20 April 2026 (Isnin)
Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Komandan (Latihan), PULAPOL Kuching telah berlangsung dengan lancar di Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Pentadbiran PULAPOL Kuching.
Majlis ini menyaksikan penyerahan tugas daripada Supt. Ernest John kepada DSP Jefferson Wilfred Ahmin sebagai Pemangku Timbalan Komandan (Latihan), disaksikan oleh YDH SAC Zulfikar bin Mohd Ghazali, Komandan PULAPOL Kuching.
Semoga kepimpinan baharu terus membawa kecemerlangan kepada PULAPOL Kuching khasnya dan PDRM Amnya.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Supt. Ernest John atas segala jasa, komitmen dan sumbangan sepanjang perkhidmatan, kami mendoakan Tuan sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan kehidupan yang bahagia bersama keluarga tersayang.
‘Latihan Menjamin Kecemerlangan’
16/04/2026
(LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN)
LATIHAN MENEMBAK PEGAWAI KANAN PULAPOL KUCHING
📅 Tarikh: 16 April 2026 (Khamis)
📍 Tempat: Lapang Sasar 100 Meter, PULAPOL Kuching
PULAPOL Kuching telah melaksanakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bagi Pegawai Kanan Polis melibatkan latihan menembak sebagai usaha berterusan meningkatkan tahap kompetensi dan kesiapsiagaan anggota polis.
Turut hadir, YDH SAC Zulfikar bin Mohd Ghazali, Komandan PULAPOL Kuching, Supt. Ernest John, Timbalan Komandan (Latihan), DSP Norlaily binti Md Akhir, Timbalan Komandan (UT/KA) serta Pegawai-Pegawai Kanan Polis.
Latihan ini melibatkan penggunaan dua (2) jenis senjata api iaitu M4A1 dan pistol semi auto, dengan pengisian seperti berikut:
🔹 Menembak M4A1 ke arah sasaran kertas pada jarak 100 meter dalam posisi melutut dan berdiri (30 butir peluru)
🔹 Menembak pistol semi auto secara center fire pada jarak 15 meter (10 butir peluru)
🔹 Menembak belon menggunakan M4A1 pada jarak 50 meter secara berkump**an (10 butir peluru)
🔹 Menembak plate besi menggunakan pistol semi auto pada jarak 15 meter secara berkump**an (10 butir peluru)
Latihan ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran teknikal, malah memupuk disiplin, ketepatan serta keyakinan dalam pengendalian senjata api.
Kemahiran menembak bukan sekadar satu keperluan, tetapi melambangkan tahap kesiapsiagaan dan profesionalisme seorang pegawai polis dalam melaksanakan tugas.
‘Latihan Menjamin Kecemerlangan’
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
KM24 Jalan Borneo Height
Kuching
93250
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |