SMK Bandar Samariang

SMK Bandar Samariang

Share

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Samariang atau nama ringkasnya SMKBS

Photos from SMK Bandar Samariang's post 14/07/2026

[ S2 : A2.7 : 2.7.1 ] / [ RPM TS5 ] / [ SDG 3 ]

PAMERAN MINGGU PPDa 2026

πŸ“… TARIKH / MASA / TEMPAT:
1 Julai 2026 (Rabu) | 8.30 pagi | Dewan Perdana

πŸ‘₯ PENGLIBATAN:
Semua Murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4

🎯 OBJEKTIF:

Memberi pendedahan kepada murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah, alkohol, v**e dan rokok melalui perkongsian maklumat daripada agensi berkaitan.

Mengukuhkan kerjasama strategik antara sekolah dengan agensi luar dalam memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa).

πŸ“ RUMUSAN PROGRAM:
Pameran Minggu PPDa 2026 dilaksanakan bersempena Minggu PPDa sekolah yang berlangsung dari 30 Jun hingga 2 Julai 2026. Program ini melibatkan penyertaan rakan strategik Unit Bimbingan dan Kaunseling iaitu PEMADAM Negeri Sarawak, AADK Negeri Sarawak, PDRM, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak serta Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SMK Bandar Samariang. Murid berpeluang memperoleh maklumat, menyertai aktiviti interaktif dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat serta bebas dadah.

πŸ“Œ IMPAK:

Murid memperoleh pengetahuan yang lebih menyeluruh mengenai pencegahan penyalahgunaan dadah dan amalan hidup sihat.

Hubungan kerjasama antara sekolah dan agensi luar diperkukuh dalam menjayakan usaha pendidikan pencegahan dadah.

πŸ”„ TINDAK SUSUL:
Meneruskan kolaborasi bersama agensi strategik dalam pelaksanaan program PPDa secara berkala bagi memperkukuh kesedaran dan daya tahan murid terhadap gejala sosial.

πŸ“š RUJUKAN:
S2 : Pengurusan Organisasi
A2.7 : Permuafakatan Strategik
2.7.1 : Permuafakatan strategik diusahakan secara sistematik dan terancang
RPM TS5 : Mempergiat Sinergi Antara Institusi Pendidikan KPM dengan Semua Pihak Berkepentingan
SDG 3 : Kesihatan Baik dan Kesejahteraan




DISEDIAKAN OLEH:
Unit Bimbingan dan Kaunseling

05/07/2026

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS & SELAMAT KEMBALI BERSEKOLAH @ 6-10 JULAI 2026

Terima kasih atas segala kebaikan dan komitmen warga sekolah seluruh Kuching khususnya kepada semua Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan, Guru-Guru, AKP dan anak murid yang disayangi. Terima kasih juga kepada semua ibu bapa & PIBG.

Komitmen bersama kita semua pastinya adalah penting bagi melahirkan 5 Ciri Murid (Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035) iaitu Beradab, Berilmu, Berkemahiran, Berdaya Tahan & Berkeyakinan. 5 Ciri Murid ini adalah amat penting dalam melahirkan Insan Sejahtera.

Tulus Ikhlas Daripada ;
Dr. Majelan bin Sulong & Seluruh Warga Kerja PPD Kuching

β€œPPD Kita, Tanggungjawab Kita”

Photos from SMK Bandar Samariang's post 02/07/2026

[ S5 : A5.3 ] / [ RPM TS2 ] / [ SDG4 ]

BENGKEL EXPERIENCE AI

TARIKH / MASA / TEMPAT:
24 Jun 2026 / 8.00 pagi – 1.00 petang / Makmal Komputer 1

PENGLIBATAN:
25 orang murid Tingkatan 2

OBJEKTIF:
Meningkatkan pengetahuan murid tentang keselamatan AI, termasuk perlindungan data peribadi dan celik media dalam era digital.
Membimbing murid menggunakan alat AI secara bertanggungjawab, beretika dan berintegriti sebagai sokongan pembelajaran.

RUMUSAN PROGRAM:
Bengkel ini memberi pendedahan kepada murid mengenai aspek Keselamatan AI yang merangkumi Data Anda dan AI, Celik Media pada Zaman AI serta penggunaan alat AI secara bertanggungjawab dan beretika. Murid turut mempelajari cara melindungi data peribadi, mengenal pasti maklumat yang sahih serta memahami risiko penyalahgunaan AI. Program ini berjaya meningkatkan kesedaran murid terhadap penggunaan AI yang selamat, berintegriti dan berhemah.

IMPAK:
β€’ Murid lebih peka terhadap keselamatan data dan risiko penggunaan AI.
β€’ Murid mengamalkan penggunaan AI secara beretika sebagai alat sokongan pembelajaran.

TINDAK SUSUL:
Melaksanakan bengkel lanjutan berasaskan aktiviti amali dan kajian kes bagi memperkukuh kemahiran murid menggunakan AI secara selamat, kritis dan bertanggungjawab.

RUJUKAN:
S5 : A5.3 – Kemenjadian Sahsiah Murid
RPM TS2 – Potensi Murid & Pembelajaran Bermakna
SDG4 – Pendidikan Berkualiti



DISEDIAKAN OLEH:
Hasara binti Haji Mati

Want your school to be the top-listed School/college in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Jalan Sultan Tengah
Kuching
93050