ADUN N. 25 Simunjan
Offical Update and News for ADUN N25 SIMUNJAN
14/04/2026
Malam ini, kmk telah menghadiri Majlis Perasmian Sempena Seminar Ekspedisi Saintifik Hutan Simpan Sabal dan Hutan Simpan Simunjan 2026.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II serta Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan.
Program ini amat bermakna dalam usaha memperkukuh pemeliharaan khazanah alam semula jadi serta memperluas pengetahuan saintifik berkaitan biodiversiti di kawasan Hutan Simpan Sabal dan Simunjan. Ia juga menjadi platform penting untuk kerjasama antara agensi, penyelidik dan komuniti dalam memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara untuk generasi akan datang.
Semoga hasil daripada ekspedisi ini dapat memberi manfaat besar kepada pembangunan mampan serta pemeliharaan alam di kawasan Simunjan khasnya.
13/04/2026
Pada sebelah malam, kmk menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Zon 4 Rangawan yang telah diadakan di Kampung Tanjung Kelaso bersama Yang Berhormat Rodiyah Sapiee.
Program ini merupakan anjuran bersama:
Penganjuran ini berjaya menghimpunkan 5 buah JKKK, 3 KRT serta PBB Zon 4 Rangawan dalam suasana penuh muafakat dan semangat kekeluargaan.
Majlis turut diserikan dengan pertandingan boots yang melibatkan penyertaan daripada semua wakil, sekali gus menceriakan suasana dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara komuniti.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini dengan begitu baik dan teratur.
11/04/2026
Sebelah malam, kmk bersama Yang Berhormat Rodiyah Sapiee telah hadir memeriahkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran penduduk Kampung Kelka Ulu.
Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh meriah, harmoni dan semangat kekeluargaan ini jelas mencerminkan kekuatan perpaduan serta keakraban masyarakat kampung yang sentiasa hidup dalam suasana muhibah dan saling menghormati.
Pelbagai pengisian menarik turut diadakan, diserikan dengan jamuan hari raya, gelak tawa serta pertemuan mesra antara pemimpin dan rakyat. Inilah keindahan Aidilfitri – bukan sekadar perayaan, tetapi wadah mengeratkan silaturahim dan memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam komuniti.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh jawatankuasa penganjur serta penduduk Kampung Kelka Ulu atas komitmen dan usaha gigih menjayakan majlis yang begitu tersusun dan bermakna ini. Semoga semangat kebersamaan ini terus diperkukuh demi kesejahteraan dan kemajuan kampung.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
Lot 293 Tingkat 1 Jalan Datuk Ajibah Abol Kuching
Kuching
93400