PERKEP PULAPOL Kuching

PERKEP PULAPOL Kuching

Share

Persatuan Keluarga Polis PULAPOL Kuching

06/06/2026

Dengan hati pilu dan penuh rasa dukacita, YBhg Pengerusi dan seluruh warga PERKEP PULAPOL Kuching merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah atas pemergian insan yang amat dikasihi.

Sesungguhnya pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang sangat besar buat PERKEP PULAPOL Kuching. Allahyarhamah bukan sahaja seorang AJK yang banyak berjasa kepada persatuan, malah seorang sahabat yang sentiasa dekat di hati dan dianggap sebagai keluarga. Keperibadian beliau yang baik, sikap yang sentiasa membantu serta kemesraan yang tidak pernah berbelah bahagi menjadikan beliau disenangi dan disayangi oleh semua yang mengenalinya.

Walaupun jasadnya telah pergi, segala jasa, pengorbanan dan kenangan bersama beliau akan terus terpahat dalam ingatan. Kehilangan ini amat dirasai dan akan sentiasa meninggalkan ruang yang tidak mudah diisi. Semoga segala jasa dan kebaikan yang telah dicurahkan menjadi amal yang berpanjangan serta mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya di sisi Allah SWT.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi saat yang sukar ini. Didoakan agar diampunkan segala dosanya, dilapangkan kuburnya dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Photos from PERKEP PULAPOL Kuching's post 19/05/2026

LAWATAN KEBAJIKAN PERKEP PULAPOL KUCHING

Satu lawatan telah dibuat bagi menyantuni Puan Sarimah binti Salim (AJK Biro Sains Rumahtangga PERKEP PULAPOL Kuching) yang telah kehilangan ayahanda tercinta pada malam tadi. Lawatan yang mewakili YBhg Pengerusi dan seluruh warga PERKEP PULAPOL Kuching tersebut telah dibuat pada 19.05.2026 jam 2 petang bagi menzahirkan rasa dukacita serta memberikan sokongan moral kepada Puan Sarimah dan seluruh keluarganya.

Lawatan yang diketuai oleh Setiausaha PERKEP, YDH DSP Norlaily binti Md Akhir bersama AJK dan ahli PERKEP ini turut disertai dengan penyampaian sumbangan ikhlas sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan warga PERKEP. Setinggi penghargaan kepada Biro Kebajikan PERKEP PULAPOL Kuching atas usaha menyelaraskan lawatan ini.

Semoga Puan Sarimah dan keluarga diberikan kekuatan, ketabahan serta dipermudahkan segala urusan. Al-Fatihah.

Photos from PERKEP PULAPOL Kuching's post 19/12/2025

PROGRAM LAWATAN PENDIDIKAN & NATURE WALK | SEMENGGOH WILDLIFE CENTRE

PERKEP PULAPOL Kuching telah mengadakan Program Lawatan Pendidikan dan Nature Walk di Semenggoh Wildlife Centre pada 17 Disember 2025 dengan penyertaan seramai 54 peserta yang terdiri daripada AJK, ahli serta keluarga PERKEP PULAPOL Kuching.

Program ini memberi pendedahan berkaitan pemuliharaan hidupan liar khususnya orang utan serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar. Aktiviti Nature Walk yang dijalankan turut memberi pengalaman pembelajaran secara santai di samping menggalakkan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli PERKEP.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Biro Sukan yang telah menganjurkan program ini dan semua pihak yang turut mambantu bagi memastikan kelancaran sepanjang program berlangsung.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Jalan Puncak Borneo
Kuching
93450

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00