SMK Batu Lintang

SMK Batu Lintang

Share

SMK Batu Lintang is a government secondary school located at Kuching, Sarawak, Malaysia. We believe in striving for excellence, now and always.

Photos from SMK Batu Lintang's post 14/05/2026

TAJUK: MAJLIS PENGHARGAAN PENERIMA APC 2025

Standard 1: Kepemimpinan
1.3.3 b) Memberi penghargaan/pengikitirafan kepada para guru dan AKP yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025.

Standard 2: Pengurusan Organisasi
2.1 Pengurusan Sumber Manusia
d) Menilai Prestasi Kerja

Tarikh: 13 Mei 2026
Masa: 1115-1215
Kehadiran: Semua warga guru dan staf SMK Batu Lintang.

Objektif
1. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru penerima APC atas kecemerlangan perkhidmatan.
2. Meningkatkan motivasi dan semangat warga sekolah untuk terus mencapai prestasi terbaik.
3. Membudayakan amalan kerja berkualiti, profesional dan berimpak tinggi dalam kalangan guru.
4. Mengukuhkan hubungan dan semangat kekitaan warga sekolah sempena sambutan Hari Guru 2026.

Impak
1. Guru dan staf lebih bersemangat dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab.
2. Mewujudkan budaya kerja cemerlang dan persaingan sihat dalam kalangan warga sekolah.
3. Meningkatkan komitmen guru dan staf terhadap kecemerlangan sekolah dan kemenjadian murid.
4. Mengukuhkan imej sekolah sebagai organisasi yang menghargai pencapaian dan sumbangan warga pendidik.

Tindak Susul

1. Mencalonkan guru berpotensi untuk anugerah atau pengiktirafan di peringkat lebih tinggi.
2. Memperkasa program pembangunan profesionalisme guru secara berterusan.
3. Meneruskan budaya penghargaan melalui pengiktirafan berkala terhadap sumbangan warga sekolah.

Photos from SMK Batu Lintang's post 14/05/2026

SAMBUTAN HARI GURU, PERAYAAN TAHUN BARU CINA, PERAYAAN HARI RAYA AIDIFITRI DAN PERAYAAN HARI GAWAI
Standand 1: KEPIMPINAN
Aspek 1.3: PGB SEBAGAI PENDORONG
1.3.3 PGB menggerakkan warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab secara terancang.
Fokus utama: Memberi penghargaan dan pengiktirafan sempena Hari Guru 2026

Standard 2: PENGURUSAN ORGANISASI
Aspek 2.6: PENGURUSAN PERPADUAN
2.6.1 Pemahaman dan penerimaan terhadap kepelbagaian masyarakat Malaysia diurus secara terancang.
Fokus utama: Program yang berteraskan perpaduan dan silang budaya melalui sambutan gabungan perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidifitri dan Hari Gawai.

Standard 3.2: PENGURUSAN KOKURIKULUM
Aspek 3.2.2: PENGURUSAN KELAB/PERSATUAN
3.2.2.1 Kelab/persatuan diurus secara sistematik dan terancang.
Fokus utama:-
RIMUP TBC – Pertandingan kaligrafi
RIMUP Hari Raya – Pertandingan Peragaan Busana Hari Raya
RIMUP PRA Gawai – Tarian Buluh

TARIKH: 13 MEI 2026
MASA: 10am – 3pm
TEMPAT: SMK BATU LINTANG
KEHADIRAN:
Semua warga SMK Batu Lintang
OBJEKTIF UTAMA:
1. Meneruskan amalan mulia seperti merapatkan silaturahim sesame rakan, bersederhana dan bersyukur serta taat kepada yang Maha Esa.
2. Mengeratkan hubungan antara warga SMK Batu Lintang.
3. Memupuk perasaan menghargai semangat bekerjasama sebagai satu pasukan di SMK Batu Lintang.

IMPLIKASI:
1. Warga sekolah dapat menghayati sambutan perayaan pelbagai kaum dan agama di Malaysia.
2. Guru dihargai atas jasa dan pengorbanan dalam mendidik murid.
3. Semangat perpaduan, toleransi dan kerjasama dapat diperkukuhkan.
4. Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dan kebudayaan dapat ditingkatkan.

TINDAK SUSUL:
1. Mempelbagaikan aktiviti berunsurkan perpaduan dan kebudayaan pada masa akan datang.
2. Menggalakkan penglibatan murid secara lebih aktif dalam setiap program sekolah.
3. Menambah baik pelaksanaan aktiviti RIMUP bagi meningkatkan interaksi antara kaum.
4. Membuat penilaian program untuk penambahbaikan pelaksanaan akan datang.

Photos from SMK Batu Lintang's post 14/05/2026

TAJUK: BENGKEL PEMUGARAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL SMK BATU LINTANG TAHUN 2026

Standard 1: Kepemimpinan
1.2 PGB Sebagai Pembimbing
1.2.3 a) Memberi panduan/tunjuk ajar/tunjuk cara/nasihat/penerangan

2.1: Pengurusan Sumber Manusia
2.1.2 a) dan b) Merancang dan melaksanakan Program Pembangunan Profesionalisme

Perincian:
Tarikh: 14 Mei 2026

Masa:
Guru Perdana Sesi Petang: 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Guru Perdana Sesi Pagi: 1.00 hingga 2.30 petang

Tempat:
Bilik Mesyuarat SMK Batu Lintang

Penglibatan:
Pengetua
PK Petang
Guru Sumber KPP
Guru Perdana Sesi Petang : 23 orang
Guru Perdana Sesi Pagi: 33 orang

OBJEKTIF:
1. Memberi pendedahan kepada semua warga sekolah mengenai konsep dan amalan Professional Learning Community (PLC).
2. Memperkasa budaya kolaboratif dalam kalangan guru bagi meningkatkan kualiti PdPc.
3. Meningkatkan kompetensi dan profesionalisme guru melalui perkongsian amalan terbaik.
4. Menggalakkan guru melaksanakan refleksi dan inovasi dalam PdPc secara sistematik.

Impak Program
1. Guru memahami konsep dan pelaksanaan PLC dengan lebih jelas dan berkesan.
2. Wujud budaya kerja berpasukan serta perkongsian ilmu dalam kalangan warga sekolah.
3. Guru lebih bersedia melaksanakan strategi pengajaran yang berimpak tinggi.
4. Pengurusan sekolah menjadi lebih sistematik dalam memperkukuh pembangunan profesionalisme berterusan.

Tindak Susul Pelaksanaan
1. Melaksanakan PLC secara berkala mengikut panitia atau unit akademik.
2. Mengadakan sesi perkongsian amalan terbaik dan refleksi PdPc selepas bengkel.
3. Menjalankan pemantauan serta bimbingan berterusan oleh pentadbir dan ketua panitia.
4. Menggalakkan penghasilan inovasi PdPc hasil daripada aktiviti PLC.

Photos from SMK Batu Lintang's post 10/05/2026

TAJUK: PEMANTAUAN KESELAMATAN KEBAKARAN OLEH PIHAK BOMBA KE SMK BATU LINTANG.

Standard 2 Pengurusan organisasi
Aspek 2.5 : Iklim
2.5.1 Persekitaran fizikal diselenggara secara sistematik dan terancang

Perincian:
Tarikh: 27 April 2026
masa: 2:00-4:00 petang
kehadiran:
1. Pengetua Angela B**g
2. Guru Penyelaras Keselamatan kebakaran
3. Pembantu makmal Pn Chandu
2 Pegawai pemeriksa dari Bomba

Objektif
1. Memastikan sistem pengesanan kebakaran dan sistem alarm sekolah berada dalam keadaan baik dan berfungsi.
2. Meningkatkan tahap keselamatan warga sekolah daripada risiko kebakaran.
3. Mendapatkan khidmat kepakaran pihak bomba berkaitan aspek keselamatan kebakaran di sekolah.
4. Mengenal pasti kelemahan atau kerosakan pada sistem keselamatan untuk tindakan penambahbaikan segera.

Impak
1. Tahap keselamatan murid, guru dan warga sekolah lebih terjamin.
2. Warga sekolah lebih peka terhadap prosedur keselamatan dan kecemasan.
3. Sistem alarm dan pengesanan kebakaran dapat berfungsi secara optimum ketika kecemasan.
4. Mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat dan kondusif.

Tindak Susul
1. Melaksanakan penambahbaikan atau pembaikan terhadap sistem yang dikenal pasti bermasalah.
2. Menjadualkan pemeriksaan berkala bersama pihak bomba atau kontraktor bertauliah.
3. Mengadakan latihan kebakaran dan simulasi pemindahan secara berkala.
4. Menyediakan laporan pemantauan keselamatan untuk tindakan pihak pengurusan

Want your school to be the top-listed School/college in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


SMK Batu Lintang, Jalan Kolej
Kuching
93200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00