Encik Apex Channel

Encik Apex Channel

Share

Content Creator kecil-kecilan

https://www.youtube.com/EncikApex

07/07/2026

Nintendo Switch OLED 2026. Video penuh di youtube :

https://youtu.be/agJmMQDrxZM?si=O3TVXTqkCM0af8x-

23/06/2026

KHAIRUL IDHAM PAWI – WIRA YANG PERNAH MENGGEGARKAN DUNIA MOTO3

Kemenangan Hakim Danish di Brno mengingatkan peminat Malaysia kepada seorang lagi permata negara yang pernah mencipta sejarah di pentas dunia, Khairul Idham Pawi.

Pada musim 2016, ketika masih berusia 17 tahun, Khairul Idham Pawi atau lebih dikenali sebagai Super KIP menjadi pelumba Malaysia pertama memenangi perlumbaan Kejuaraan Dunia MotoGP apabila menjuarai Moto3 GP Argentina.

Beliau tidak berhenti di situ. Beberapa bulan kemudian, beliau sekali lagi menawan podium tertinggi dengan memenangi Moto3 GP Jerman di Sachsenring. Kedua-dua kemenangan tersebut hadir dalam keadaan litar basah yang mencabar, sehingga beliau digelar pakar perlumbaan hujan.

Apa yang membuatkan pencapaian itu lebih istimewa ialah Khairul Idham Pawi berlumba dalam era yang turut menampilkan ramai pelumba yang kini menjadi bintang besar MotoGP seperti Marco Bezzecchi, Joan Mir, Jorge Martin, Fabio Quartararo, Francesco Bagnaia, Raul Fernandez, Brad Binder, Enea Bastianini dan Fabio Di Giannantonio.

Walaupun perjalanan kariernya selepas itu diuji dengan kecederaan dan cabaran prestasi, nama Khairul Idham Pawi tetap terpahat dalam sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama yang berdiri megah di puncak podium Kejuaraan Dunia MotoGP.

Terima kasih Super KIP

*sumber gambar wikipedia.

Want your business to be the top-listed Media Company in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Kuching