BEM Country Land Church
๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ : โ ๐๐จ๐ ๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐๐ง๐๐ซ ๐๐๐ฌ๐๐ซ ๐๐ฎ๐๐ฌ๐๐ง๐ฒ๐ โ - ๐๐๐ค๐จ๐๐ฎ๐ฌ ๐:๐๐
10/05/2026
Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu CLC yang dikasihi. ๐ท
Terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan, doa, dan perhatian yang tidak pernah putus untuk keluarga dan anak-anak. Kehadiran seorang ibu adalah berkat yang sangat indah daripada Tuhan. Dalam setiap penat lelah, doa yang dinaikkan, dan kasih yang dicurahkan, Tuhan melihat dan menghargai setiap pengorbanan seorang ibu.
Kiranya Tuhan terus memberikan kekuatan, kesihatan, sukacita, dan damai sejahtera dalam setiap langkah kehidupan ibu-ibu semua. Teruslah menjadi wanita yang takut akan Tuhan, menjadi teladan dalam keluarga, dan membawa terang kasih Kristus kepada orang di sekeliling.
โKasihnya membuka mulut dengan hikmat, pengajaran yang lemah lembut ada di lidahnya.โ
Amsal 31:26
โAnak-anaknya bangun dan menyebutnya berbahagia, p**a suaminya memuji dia.โ Amsal 31:28
Selamat Hari Ibu sekali lagi kepada semua ibu-ibu CLC. Tuhan Yesus memberkati selalu.โฅ๏ธ
10 May 2026...
26/04/2026
Youth Reset Weekend
25 April 2026
Youth Reset Weekend (Camping) telah berlangsung dengan penuh sukacita dan berkat! Walaupun sederhana, setiap momen yang dilalui bersama sangat bermaknaโdipenuhi dengan gelak tawa, kebersamaan, dan yang paling penting, hadirat Tuhan yang nyata.
Melalui setiap aktiviti, kita bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama, tetapi juga mengalami pembaharuan rohani. Tuhan benar-benar menyentuh hati setiap kita dan mengingatkan bahawa dalam Dia, kita sentiasa boleh โresetโ dan dipulihkan kembali.
๐ โMarilah kepada-Ku, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan kepadamu.โ (Matius 11:28)
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan aktiviti ini. Kiranya apa yang kita alami akan terus menjadi kekuatan dalam perjalanan iman kita.
Tuhan memberkati!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the place of worship
Address
NO 20, LOT 7079, COUNTRY LAND COMMERCIAL CENTER, Jalan DATO MOHD MUSA
Kuching
94300