csarawak.com

csarawak.com

Share

SARAWAK Born Media Company. Channel Sarawak is established by a team of passionate media professiona

02/12/2021

PEMIMPIN DATANG, PERGI - PEMBANGUNAN MESTI DITERUSKAN: DP ABG JO
LUNDU: Pembangunan Negeri Sarawak hendaklah diteruskan dengan terator dan tersusun tanpa ada gangguan untuk mengejar impian menjadikan Negeri ini sebuah ekonomi yang maju menjelang 2030, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
“Pemimpin datang dan pergi tetapi pembangunan Negeri ini hendaklah diteruskan,” ujar beliau pada ucapan sempena perasmian Kampus Centexs dan Akademi Hospitaliti dan Pelancongan di sini pada Rabu.
Beliau berkata pembinaan kampus tersebut adalah impian Allahyarham Pehin Sri Adenan ketika menjadi Ketua Menteri untuk memberi latihan kemahiran bagi anak-anak muda di sini dan juga dari tempat-tempat lain.
“Tok Nan telah meninggalkan kita tetapi saya sebagai pengganti meneruskan usaha untuk melaksanakannya,” ujar beliau lagi.
Kampus CENTEXS Lundu dikhususkan untuk menyediakan latihan dalam industri hospitaliti dengan mengambil kira potensi kawasan Lundu dan Sematan dalam bidang pelancongan.
Datuk Patinggi Abang Zohari berkata Allahyarham Tok Nan juga telah mempunyai impian supaya Sarawak mendapatkan 20% royalti minyak yang dikeluarkan oleh Negeri ini.
Walaupun dengan cara yang berbeza usaha tersebut telah diteruskan dengan mengenakan Cukai Jualan ( SST) ke atas produk minyak dan gas, jelas beliau.
Dalam masa tiga tahun SST yang dikutip dari PETRONAS dan syarikat-syarikat lain berjumlah RM7 bilion, jelas beliau lagi.
Terdahulu beliau telah melakukan upacara pecah tanah bagi jalan raya baharu untuk menghubungkan Jalan Tun Hussein Onn/Jalan Bau-Lundu ke Kpg Stunggang Melayu yang akan menelan belanja sebanyak RM33 juta.
Turut berucap penyandang ADUN N3 Tanjung Datu, Datuk Amar Hajah Jamilah Bt. Haji Anu dan Pengerusi CENTEXS, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi bin Haji Abdul Ghani.
Pada majlis tersebut CENTEXS telah memetrai dan bertukar-bertukar Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan rakan-rakan kongsi termasuk Sarawak Energy Bhd.

30/11/2021

ROSEY YUNOS BAKAL PERTAHANKAN DUN BEKENU PADA PRN12
NIAH: Menteri Muda Wanita dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus yang juga penyandang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu menjadi individu terbaharu diumumkan oleh Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg untuk dicalonkan semula dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
Perkara itu disahkan secara spontan oleh Ketua Menteri semasa berucap dalam Majlis Perasmian Waterfront Niah Fasa 2 di Dewan Terbuka Sepupok Niah pada Isnin.
Berdasarkan rekod perkhidmatan beliau Datuk Rosey adalah calon yang paling sesuai untuk meneruskan perjuangan memajukan kawasan Subis dan DUN Bekenu khasnya, katanya.
Beliau berkata Daerah Subis, khususnya Niah mempunyai rancangan jangka panjang untuk memajukannya sebagai komoditi pelancongan bersifat global dengan reputasi Gua Niah dalam sejarah peradaban manusia di rantau ini.
Akses ke Gua Niah akan dinaik taraf supaya lebih mesra pelawat di mana laluan pejalan kaki sedia ada akan ditambah baik supaya boleh dilalui kereta “buggy” dan jambatan dibina menyeberangi Sungai Niah untuk menggantikan perkhidmatan perahu, ujar beliau.
Datuk Patinggi Abang Zohari berkata melalui usaha Datuk Rosey pekan Niah di Sepupok menjadi lebih cantik dengan projek Tebingan Sungai Niah yang telah dilaksanakan dalam dua fasa.
Kemudahan awam di sini harus dipertingkatkan sesuai dengan usaha untuk menjadikan Pekan Niah sebagai pusat pelancongan, kata beliau.
Mengimbau kembali permasalahan bekalan air yang agak teruk di sini beliau berkata ia sudah dapat diselesaikan dengan peruntukan lebih RM100 juta untuk melaksanakan projek berkenaan.
Source: Sarawakku

14/11/2021

AMERICAN FIRM TO PARTNER SEDC IN MEDICAL MANUFACTURING VENTURE
KUCHING: On Thursday SEDC and Arrow Medsource Group (AMG) - a North American health care supply chain management company and its North American high profile partners met with Chief Minister of Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg for a briefing on the Sarawak Medical Innovation and Technology Hub (SMITH).

Want your business to be the top-listed Media Company in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Kuching