CENTEXS Commercial

CENTEXS Commercial

Share

Connecting, Communities and Businesses

Photos from CENTEXS Commercial's post 04/06/2026

KUNJUNGAN CENTEXS COMMERCIAL SARAWAK DAN SACOFA KE KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH PADA 3 JUN 2026

Putrajaya – Pengurus Besar CENTEXS Commercial Sarawak, Tuan Shahren Yusri, bersama wakil SACOFA, Ketua Pegawai Korporat, Tuan Azmil Othman Merican telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), bagi berkongsi pandangan serta membincangkan potensi kerjasama ketiga-tiga pihak.

Sesi perbincangan tersebut turut menyentuh usaha memperkukuh ekosistem keusahawanan melalui pembangunan kapasiti pengeluaran, inovasi pembungkusan, pematuhan piawaian industri dan penerapan teknologi yang dapat meningkatkan daya saing produk tempatan di peringkat nasional dan serantau.

Semoga pertemuan ini dapat mengeratkan hubungan strategik antara pihak berkepentingan serta membuka ruang kepada kerjasama yang memberi impak positif kepada pembangunan usahawan, industri tempatan dan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Photos from CENTEXS Commercial's post 31/05/2026

BOH JERAK DATANG BELANJA DI SITOK, ADA REZEKI KITAK DATANGLAH BAK FAMILY GIK! 😊

Selamat jalan dan semoga dipermudahkan segala urusan buat anak-anak muda Program .

Kami mendoakan agar semua peserta memperoleh ilmu, pengalaman dan manfaat yang besar sepanjang mengikuti Program Welding Plastic (Batch 1) di CENTEXS Lundu.

Sebelum berangkat pulang ke kampung halaman masing-masing, sedikit buah tangan berupa makanan dan produk warisan Sarawak telah diberikan sebagai tanda penghargaan dan kenangan daripada kami.

Sebagai pengalaman terakhir sebelum berlepas, salah seorang pegawai CENTEXS Commercial Sarawak, Saudara Fahmy, turut membawa mereka berkunjung ke Sense of Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching bagi melihat dengan lebih dekat produk-produk warisan tempatan yang dikomersialkan oleh CENTEXS Commercial Sarawak.

Kami amat berbesar hati menerima kehadiran anak-anak Semenanjung Malaysia dan Sabah yang sanggup datang jauh ke Bumi Kenyalang untuk menimba ilmu dan pengalaman.

Terima kasih kerana memilih Sarawak sebagai destinasi pembelajaran anda. Insha-Allah, ada rezeki dan kesempatan, kita akan bertemu lagi pada majlis konvokesyen nanti.

Jangan lupak, boh jerak datang belanja di sitok, ada rezeki kitak datanglah bak family gik. Sarawak sentiasa mengalu-alukan kedatangan kitak orang!

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


JUMA’ANI Pavilion, , Sublot 17, 18 & 19, Lot 4871, Salak Land District Vista Tunku, Petra Jaya
Kuching
93050

Opening Hours

09:00 - 18:00