Sarawak FireFighters Fans

Sarawak FireFighters Fans

Share

We are Sarawak FireFighters

Photos from Sarawak FireFighters Fans's post 16/06/2026

MAUT DALAM KEMALANGAN DI BULATAN PULAU DUDONG, SIBU

16 Jun 2026 | Sibu, Sarawak

Seorang lelaki disahkan meninggal dunia manakala dua lagi mangsa mengalami kecederaan dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah Honda City dan Toyota Hilux di Bulatan Pulau Dudong, Jalan Sibu-Durin.

Pasukan dari BBP Sibujaya segera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat. Seorang mangsa yang cedera parah berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut, manakala seorang lagi mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

Pihak bomba turut menjalankan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sebelum operasi ditamatkan.

Tahniah kepada seluruh anggota BBP Sibujaya, KKM dan PDRM atas kerjasama serta tindakan pantas sepanjang operasi.

Salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. Semoga tabah menghadapi dugaan ini.

Photos from Sarawak FireFighters Fans's post 14/06/2026

PENDAFTARAN KURSUS PENTAULIAHAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN JBPM NEGERI SARAWAK 2026

BAU, 14 Jun 2026

Sesi pendaftaran Kursus Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak telah dilaksanakan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Sarawak dengan penyertaan seramai 21 orang calon.

Program ini bertujuan untuk melengkapkan pegawai bomba bantuan dengan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang diperlukan bagi melaksanakan tugas-tugas kebombaan serta menyokong operasi JBPM secara lebih berkesan dan profesional.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pendaftaran ialah pemeriksaan dokumen bagi tujuan pengesahan kelayakan calon, pemeriksaan kesihatan untuk memastikan tahap kecergasan dan kesesuaian calon mengikuti kursus, taklimat keselamatan yang disampaikan oleh pihak ABPM Wilayah Sarawak serta taklimat kursus oleh PKgB Zuliana Mohd Sharkawi dari Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (BOKP).

Pelaksanaan kursus ini mencerminkan komitmen berterusan JBPM Negeri Sarawak dalam memperkukuhkan keupayaan sumber manusia serta melahirkan Pegawai Bomba Bantuan yang kompeten, berintegriti dan bersedia menghadapi sebarang cabaran dalam melaksanakan tugas keselamatan kebakaran dan penyelamatan demi kesejahteraan masyarakat.

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Kuching