Borneo Channel

Borneo Channel

Share

Portal ini akan menghidangkan berita terkini tentang apa sahaja isu di Borneo.

Photos from Borneo Channel's post 27/04/2026

Delta Sarawak terima pengiktirafan Geopark Global UNESCO

Geopark Delta Sarawak secara rasmi telah diiktiraf sebagai Geopark Global UNESCO dalam satu upacara khas di Ibu Pejabat UNESCO, Paris pada Isnin.
Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Ketua Seksyen Sains Bumi dan Geopark UNESCO Kristof Vandenberghe dan diterima oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh.
Menurut Len, pengiktirafan ini menandakan satu pencapaian penting dalam usaha Sarawak memelihara warisan geologi, ekologi dan budayanya yang unik, di samping mempromosikan pelancongan lestari serta pembangunan komuniti.
“ Dengan pengiktirafan ini, Geopark Delta Sarawak telah berjaya mencapai matlamat jangka panjangnya untuk diiktiraf sebagai Geopark Global UNESCO pada tahun 2026.
“ Sekali gus mencatat satu detik bersejarah yang membanggakan bagi usaha pemuliharaan warisan semula jadi Sarawak dan Malaysia
Delta Geopark Sarawak meliputi kawasan seluas 3,112 kilometer persegi yang merangkumi 2,685 kilometer persegi kawasan darat dan 427 kilometer kawasan laut.
Ia meliputi Bahagian Kuching serta sebahagian kecil Bahagian Serian.

Photos from Borneo Channel's post 27/03/2026

Remaja disambar buaya 3 meter di depan mata empat ahli keluarga

KUCHING: Seorang remaja maut selepas diserang dan diheret seekor buaya di Sungai Sarawak, pada petang Jumaat.

Menurut jurucakap polis IPD Padawan, Inspektor Welton Ibin, mangsa, Christen Kudit, 15, sedang mandi bersama keluarganya di jeti kecil di depan rumahnya di Kampung Sagobang sebelum tiba-tiba menjerit kakinya sakit, dan diseret buaya sepanjang 3 meter.

“ Mangsa mandi bersama-sama keluarga seramai lima orang termasuk ibu dan adiknya. Semasa mandi, mangsa disambar dan ditarik ke seberang sungai. Itu yang terakhir yang mereka nampak.

Kata Welton, setelah dua jam pencarian, sekitar jam 5.30 petang, mangsa telah dijumpai di seberang kampung.

Reptilia terbabit katanya, dianggarkan berukuran tiga meter dan sering kali terlihat di kawasan berkenaa.

Jasad mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk prosedur bedah siasat.

Photos from Borneo Channel's post 20/03/2026

NAHAS RAMADAN TERAKHIR

SRI AMAN: Tiga maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan berhampiran Kampung Selepong Jinggau, dekat sini pada Jumaat.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Mohamad Fauzi Mohamat Kifli berkata, pihaknya menerima maklumat insiden sekitar jam 8.30 pagi dan segera mengaktifkan sebuah jentera dan sebuah ambulans EMRS dengan kekuatan tujuh anggota dari Balai Sri Aman ke lokasi.

" Setibanya di lokasi 22 minit kemudian, pasukan mendapati kemalangan membabitkan dua kenderaan jenis Proton X70 dan Perodua Alza.

" Kemalangan mengakibatkan kebakaran seratus peratus pada kenderaan Perodua Alza namun kesemua tiga mangsa iaity seorang perempuan dewasa dan dua kanak-kanak lelaki selamat, dan mengalami cedera ringan.

Kata Fauzi lagi, terdapat lima mangsa di dalam kenderaan Proton X70 dan impak kuat menyebabkan seorang lelaki warga emas dan dua perempuan dewasa disahkan maut di tempat kejadian.

Dua kanak-kanak lelaki yang berada di dalam kenderaan yang sama bagaimanapun cedera.

" Kesemua mangsa kemudian berjaya dikeluarkan dengan pasukan EMRS memberikan rawatan awal kepada dua mangsa kanak-kanak, masing-masing berusia 6 dan 4 tahun yang cedera sebelum dihantar ke Hospital Sri Aman.

" Tiga mangsa yang meninggal dunia yang identitinya dikenal pasti sebagai Lau Sie Tung, 70; Grace Lau Chi Ai, 22 dan wanita kurang upaya, Lau Yok Leh, 22 kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Tiga beranak yang merupakan mangsa di dalam Perodua Alza hanya mengalami cedera ringan.

20/03/2026

Tora datang lagi. Mesti banyak yang gatal nak komen emak orang yang cun melecun ini. Siapa sakit? Dari Kuching sanggup pergi Sri Aman... hahahaha. Maaf Zahir Batin Dr

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 🕌

Berlalu sudah Ramadan yang diberkati,
Diganti dengan Syawal yang dinanti.
Mohon keampunan di pagi hari,
Kemaafan diberi setulus hati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 diucapkan kepada seluruh warga Hospital Sri Aman yang meraikannya serta seluruh umat Islam di Malaysia. Raikanlah Syawal ini dengan penuh rasa kesyukuran, kegembiraan dan keinsafan bersama ahli keluarga tersayang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan buat wira-wira yang tetap setia menjalankan amanah, sama ada yang bekerja mengikut syif mahupun yang berada dalam senarai on-call sepanjang tempoh perayaan ini. Pengorbanan masa dan tenaga anda adalah nadi kepada kesejahteraan komuniti kita, biarpun ketika warga lain sedang keriangan menyambut lebaran.

Dalam keriangan menikmati juadah tradisi yang menyelerakan, marilah kita bersama-sama mengutamakan konsep kesederhanaan. Biarlah kemanisan itu hanya pada ukhuwah yang terjalin, bukannya pada bacaan glukosa yang melonjak tinggi. Raikanlah kemenangan ini dengan penuh keanggunan, tanpa membiarkan kolesterol "mencuri" keceriaan Syawal kita nanti. 😉

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

fans

Want your business to be the top-listed Media Company in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Kuching
93050

Opening Hours

08:00 - 18:00