Media Satok

Media Satok

Share

All For Satok, Satok For All

I Love Satok This page is dedicated “All for Satok & Satok for All”. This page is created simply because “ I Love Satok”.

Photos from Media Satok's post 01/06/2026

𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐁𝐀𝐊𝐈 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐌𝐀𝐎𝐍𝐆

27 Mei 2026 - Yang Berhormat Datuk Haji Ibrahim Baki; Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.8 Satok, telah meluangkan masa menghadiri Program Ibadah Korban yang diadakan di Kampung Sungai Maong sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Kehadiran beliau disambut mesra oleh penduduk kampung, ahli jawatankuasa pelaksana serta para sukarelawan yang bergotong-royong menjayakan program tersebut.

Dalam kesempatan itu, beliau turut menyantuni masyarakat setempat serta menyaksikan proses pengagihan daging korban kepada para penerima yang layak.

Program Ibadah Korban ini bukan sahaja memenuhi tuntutan syariat Islam, malah menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memperkukuhkan semangat kejiranan dan menyemai nilai kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

YB Datuk Haji Ibrahim Baki turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut serta berharap semangat pengorbanan, keikhlasan dan kebajikan yang ditunjukkan dapat terus dipupuk demi kesejahteraan komuniti.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT dan membawa keberkatan kepada seluruh penduduk Kampung Sungai Maong.

Photos from Media Satok's post 26/05/2026

𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐏𝐁𝐁 𝐍.𝟖 𝐒𝐀𝐓𝐎𝐊 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆

24 Mei 2026 - Wanita PBB Cawangan N.8 Satok telah berjaya menganjurkan Pertandingan Boling Antara Ranting Wanita PBB N.8 Satok dalam suasana penuh meriah, harmoni dan semangat kekeluargaan.

Program tersebut dianjurkan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan ahli-ahli wanita ranting di kawasan Satok. Selain itu, pertandingan ini turut bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah dan sukan, di samping menyemai nilai semangat kesukanan dalam kalangan peserta.

Di kesempatan ini, Wanita PBB N.8 Satok merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada YB Datuk Haji Ibrahim Haji Baki, Ahli Dewan Undangan Negeri N.8 Satok merangkap Timbalan Menteri Utiliti Sarawak, atas sokongan dan dorongan yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

🥇 Johan: Ranting Kampung No. 4
🥈 Naib Johan: Ranting Bandarshah
🥉 Tempat Ketiga: Ranting Kudei Lama

🎳 High Games: Nina (Ranting Kudei Lama)
🎳 High Scores: Nina (Ranting Kudei Lama)
⭐ Outstanding Team: Ranting Bintangor

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang serta seluruh peserta yang telah menunjukkan komitmen dan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.

Penghargaan turut diberikan kepada Biro Sukan Wanita PBB N.8 Satok khususnya Sarena Haidir, Ziela Ramlay dan Heryanie Kushariry atas segala bantuan, tenaga dan kerjasama dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuhkan ukhuwah, perpaduan dan semangat kebersamaan dalam kalangan wanita PBB N.8 Satok.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kuching