SK Rakyat Tupong - SK RaTu

SK Rakyat Tupong - SK RaTu

Share

π…π€π‚π„ππŽπŽπŠ π‘π€π’πŒπˆ π’πŠ π‘π€πŠπ˜π€π“ π“π”ππŽππ†
π—¦π—˜π—›π—”π—Ÿπ—¨π—”π—‘ π— π—˜π—‘π—–π—”π—£π—”π—œ π—žπ—˜π—¨π—‘π—šπ—šπ—¨π—Ÿπ—”π—‘

Photos from SK Rakyat Tupong - SK RaTu's post 09/06/2026

PENTADBIRAN SOAL SELIDIK KAJIAN LAPANGAN: KAJIAN PENILAIAN DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP) SARAWAK 2026 PERINGKAT SK RAKYAT TUPONG.

S3.1: PENGURUSAN KURIKULUM
3.1.1 (KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM)
3.1.1.1 (Pelaksanaan kurikulum diurus secara sistematik dan terancang)

a) Tajuk :
PENTADBIRAN SOAL SELIDIK KAJIAN LAPANGAN: KAJIAN PENILAIAN DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP) SARAWAK 2026 PERINGKAT SK RAKYAT TUPONG

b) Perincian :
21 Mei 2026
Khamis
Bilik Akses SK Rakyat Tupong

c) Penglibatan :
Ustazah Nurul Izzati Binti Mat Hassan (Penyelaras DLP)
Pn. Madiah Binti Pon
Semua Murid Tahun 6

d) Objektif :
1) Menilai tahap penguasaan murid terhadap kandungan mata pelajaran yang diajar dalam Bahasa Inggeris seperti Sains dan Matematik.
2) Mengukur keupayaan penggunaan Bahasa Inggeris dalam memahami konsep, istilah, dan kemahiran pembelajaran.

e) Rumusan :
Pentaksiran DLP telah dilaksanakan dengan jayanya oleh murid Tahun 6. Melalui pentaksiran ini, kekuatan dan kelemahan murid dapat dikenal pasti bagi membantu penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran, seterusnya meningkatkan keberkesanan pelaksanaan DLP di sekolah.

f) Impak :
Pelaksanaan pentaksiran DLP memberi impak positif terhadap peningkatan penguasaan murid dalam mata pelajaran yang diajar serta penggunaan Bahasa Inggeris dalam konteks akademik.

g) Tindak susul :
1. Melaksanakan analisis dapatan kajian DLP.
2. Guru akan melaksanakan intervensi dan aktiviti pengukuhan berdasarkan hasil pentaksiran DLP bagi membantu murid meningkatkan penguasaan kandungan mata pelajaran serta kemahiran Bahasa Inggeris.
3. Sesi bimbingan, latihan berfokus dan pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan pencapaian murid dapat dipertingkatkan serta keberkesanan pelaksanaan DLP terus diperkukuh.

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H / 2026M πŸŒ™βœ¨

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Semoga ibadah korban dan pengorbanan yang dilakukan diterima serta diberkati Allah SWT.
Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan silaturahim sesama keluarga dan sahabat.

β€œPengorbanan mengajar erti keikhlasan,
Aidiladha menyemai kasih dan keimanan.”

Maaf zahir dan batin.
Puan Rohana bt Hj Salleh
Guru Besar SK Rakyat Tupong

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

Want your school to be the top-listed School/college in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kampung Tupong Tengah, Off Jalan Merdeka
Kuching
93050