SPRM Sarawak
Pejabat SPRM Sarawak,
Kompleks Pejabat SPRM Sarawak, Lot 3894, Jalan Laksamana Cheng Ho, Peti Surat 6000, 93350 Kuching Sarawak
Tel : 082-467701/082467702
14/07/2026
PROGRAM LARIAN ‘FUN RUN’ ANTI RASUAH ANGKATAN MAHASISWA ANTIRASUAH (AMAR) IPGK RAJANG, BINTAGOR BERSAMA SPRM CAWANGAN SIBU
Bintangor, 14 Julai 2026(Selasa) Pada pagi ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sibu dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Rajang telah berjaya menganjurkan satu Program Larian “Fun Run” Anti Rasuah bertempat di IPGK Rajang. Program ini merupakan salah satu inisiatif unit pencegahan SPRM Cawangan Sibu bagi memperkukuh pembudayaan integriti dan menyemarakkan kesedaran antirasuah dalam kalangan mahasiswa, warga institut serta penjawat awam melalui pendekatan riadah yang santai dan inklusif.
Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 320 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar IPGK Rajang, para pensyarah serta pegawai SPRM Cawangan Sibu. Turut hadir pada program ini adalah Dr. Haji Zainal Abidin bin Haji Masleh, Pengarah IPGK Rajang dan PPj Ikhwan bin Mohd Ibrahim, Ketua Cawangan SPRM Sibu.
Acara dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta dan diteruskan dengan aktiviti senamrobik sebelum pelepasan peserta bagi Larian "Fun Run" Anti Rasuah sejauh 5 kilometer di sekitar kawasan IPGK Rajang. Selepas tamat aktiviti larian, majlis diteruskan dengan kata alu-aluan oleh Pengarah IPGK Rajang yang menekankan kepentingan penerapan nilai integriti dalam melahirkan bakal pendidik yang beretika dan berakauntabiliti.
Seterusnya, ucapan penangguhan telah disampaikan oleh Ketua Cawangan SPRM Sibu yang menegaskan bahawa usaha membanteras rasuah memerlukan komitmen semua lapisan masyarakat, khususnya golongan belia dan mahasiswa sebagai pewaris kepimpinan negara. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada 10 pelari terbaik bagi kategori lelaki dan wanita sebelum diakhiri dengan sesi fotografi.
Secara keseluruhannya, Program Larian "Fun Run" Anti Rasuah telah dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang dirancang. Program ini bukan sahaja berjaya memupuk budaya hidup sihat dan semangat kesukanan, malah menjadi platform terbaik untuk mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara SPRM, institusi pendidikan dan masyarakat. Diharapkan program seperti ini akan dilaksanakan lagi pada masa yang akan datang bagi melahirkan generasi yang sihat, membentuk masyarakat yang berintegriti serta menyokong aspirasi negara ke arah Malaysia yang bebas rasuah.
"BERANI DAN RADIKAL PERANGI RASUAH"
Disediakan oleh,
…………………………….
Unit Pencegahan
SPRM Cawangan Sibu
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kompleks Pejabat SPRM
Kuching