Pengadil Negeri Sarawak

Pengadil Negeri Sarawak

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pengadil Negeri Sarawak, Sport & recreation, Kuching.

Photos from Pengadil Negeri Sarawak 's post 29/06/2026

Seminar dan Ujian Kecergasan Pengadil Zon Miri telah dihadiri oleh seramai 34 orang pengadil dari Miri & Limbang pada 13 Jun bertempat di Pusat Belia Miri.

Seminar dimulakan dengan sesi taklimat mengenai Undang-undang Permainan yang disampaikan oleh Pegawai Pembangunan Pengadil Negeri Sarawak, En. Busrah Eri, dengan bantuan Pengadil Kebangsaan, Abang Azharuddin, serta Penilai Pengadil, En. Khalid Fauzan.

Photos from PBBS Persatuan Bola Sepak Bahagian Sarikei's post 10/06/2026

𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊 𝟏𝟖𝐓𝐊𝐁 𝐌𝐒𝐒𝐁 𝐒𝐀𝐑𝐈𝐊𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔

SARIKEI, 9 Jun 2026 – Satu sesi taklimat persiapan telah diadakan petang tadi bagi memastikan kelancaran Kejohanan Bola Sepak 18TKB MSSB Sarikei 2026 yang akan berlangsung pada 10 hingga 12 Jun 2026 di Kompleks Sukan Sarikei.

Pihak pengelola di wakili Cikgu Walter telah menyampaikan maklumat berkaitan perjalanan kejohanan, manakala Pengerusi Teknikal Cikgu Maxwell menerangkan Peraturan pertandingan serta mengendalikan cabutan undi kumpulan dan pembentangan jadual perlawanan.

Sebagai kerjasama Teknikal dari PBBS, Turut berkongsi ilmu ialah En. Busrah (Pegawai Pembangunan Pengadil Negeri) yang memberi penerangan LOTG (Law Of The Game) meliputi aspek kepengadilan termasuk kedudukan pengadil, kesalahan permainan, offside dan handball.

Mantan Presiden PBBS En. Abang Zaini merakamkan penghargaan kepada pihak pengelola dan Persatuan Bola Sepak Bahagian Sarikei (PBBS) atas kepercayaan dan kerjasama walaupun beliau bukan tidak terlibat secara lansung, namun kerjasama masih lagi terjalin dan beliau akan cuba berkongsi pengalaman dalam menjayakan kejohanan ini.

Sementara itu, En. Awangko Shahbudin (TD PBBS) memaklumkan bahawa beliau akan bekerjasama dengan pihak teknikal dalam mengenal pasti pemain-pemain terbaik untuk dipilih mewakili Bahagian Sarikei ke Kejohanan MSS Sarawak 2026.

Kejohanan ini melibatkan penyertaan lapan buah sekolah menengah dari seluruh Bahagian Sarikei dan menjadi platform penting dalam pembangunan bola sepak sekolah serta pencarian bakat baharu.

⚽️🏆

08/06/2026

If you as an assistant referee, what is your decision?? In or Out??

26/05/2026

This is how assistant referee training 💪🏽

Photos from Pengadil Negeri Sarawak 's post 25/05/2026

Akademi Pengadil Muda Sarawak 2026 Siri 1

Program ini bukan sekadar sebuah kursus biasa. Bukan pemain sahaja yang mempunyai akademi pembangunan, malah pengadil juga perlu dibimbing, dilatih dan di didik bagi melahirkan generasi pengadil yang berkualiti suatu hari nanti. InShaAllah.

Akademi Pengadil Muda ini menghimpunkan pengadil-pengadil muda berusia 29 tahun ke bawah sebagai persediaan pembangunan jangka masa panjang arena pengadilan bola sepak di Sarawak. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) bersama Jawatankuasa Pengadil Negeri Sarawak.

Program telah berlangsung pada 23 hingga 24 Mei 2026 bertempat di Stadium Tun Zaidi, Sibu dan disertai oleh 20 orang pengadil muda terpilih yang mewakili setiap bahagian di seluruh Sarawak.

Sesi pembangunan dan latihan dikendalikan oleh Pegawai Pembangunan Pengadil Negeri Sarawak, En. Busrah Eri serta dibantu oleh Pengadil Kebangsaan A, En. Oswald Setana.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh En. Mohd Faizal bin Bujang selaku Setiausaha Persatuan Bola Sepak Sibu.

“Jika tiada orang lama, mana mungkin lahirnya orang baru. Inilah masa untuk proses pembangunan diteruskan demi masa depan pengadilan bola sepak Sarawak.”

Photos from Pengadil Negeri Sarawak 's post 06/05/2026

Sebelum tirai Liga Malaysia dibuka setiap tahun, satu komitmen penting yang tidak pernah terlepas bagi barisan pengadil kebangsaan iaitu menghadiri Seminar dan Ujian Kecergasan Tahunan. Program ini bukan sahaja melibatkan pengadil dari Sarawak, malah turut pengadil dari seluruh negeri di Malaysia sebagai persediaan rapi menghadapi musim. Melalui seminar dan UKT ini, tahap kecergasan serta kesiapsiagaan pengadil dinilai bagi memastikan mereka berada pada prestasi terbaik sebelum mengendalikan sebarang perlawanan.

Bagi Zon Sarawak, seramai 20 orang pengadil kebangsaan bersama 7 orang penilai pengadil telah menghadiri Seminar dan UKT yang berlangsung pada 22 hingga 23 April 2026 di Stadium Negeri Sarawak. Kelas telah dikendalikan oleh Tuan Haji Kassim Kadir Bacha (Ketua Jabatan Pengadil FAM) dibantu oleh En Amirul Izuan Yaakob serta Instructur kecergasan, En Busrah Eri (Pegawai Pembangunan Negeri Sarawak) Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya lulus. Teruskan mengekalkan momentum, tingkatkan prestasi, dan semoga cemerlang dalam tugasan perlawanan yang akan datang.

06/05/2026

Ujian Kecergasan Pengadil Pra Kebangsaan Zon Sarawak telah berlangsung pada 22 April 2026 di Stadium Negeri melibatkan seramai 10 orang calon dengan 6 daripadanya berjaya lulus dengan jayanya.

Kategori Pra Kebangsaan merujuk kepada pengadil yang telah melepasi peperiksaan bertulis Kelas 1 Kebangsaan. Namun, masih terdapat satu lagi tahap yang perlu dilalui sebelum layak diiktiraf sebagai Pengadil Kebangsaan 1.

Tahniah diucapkan kepada semua yang lulus. Teruskan komitmen dalam latihan dan kekalkan tahap kecergasan pada tahap terbaik.

Senarai pengadil yang lulus:

* Basil Dap Anak Sani
* Fikri Bin Rahmat
* Nazreen Bin Ismail
* Saddam Bin Ismail
* Faiq Haneef Bin Hafif
* Ahmad Irfan

Syabas dan semoga terus melangkah lebih jauh!

Photos from Pengadil Negeri Sarawak 's post 20/04/2026

Seminar dan Ujian Kecergasan Tahunan Pengadil 2026 bagi Zon Serian, Sri Aman dan Betong telah berjaya menghimpunkan seramai 83 orang pengadil berdaftar yang menghadiri sesi UKT 2026 di Kompleks Sukan Debak.

Pada penganjuran kali ini, Persatuan Bola Sepak Betong (Pengadil Betong FA) selaku tuan rumah telah diberi kepercayaan sebagai penganjur bagi ketiga-tiga zon tersebut. Sesi ujian kecergasan telah dijalankan di Kompleks Sukan Debak, manakala sesi taklimat Laws of the Game telah berlangsung di Dewan Millenia Debak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Betong FA atas komitmen sebagai tuan rumah bagi tahun 2026. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua pengadil yang hadir atas semangat, disiplin dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kuching
93050