SemarakHealth
Sharing information on issues related to medical, health and healthy living. Official page of Klinik Ibukota Semarak.
03/10/2025
Penyakit influanzae semakin menular sejak kebelakangan ini. Sekiranya anda mempunyai simptom seperti di bawah, sila pergi klinik terdekat untuk mendapatkan rawatan
Perlukah saya risau dengan kejadian Jangkitan Influenza di Malaysiaβ
Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selesema (flu) yang ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan beris*ko tinggi seperti:
π§π» kanak-kanak
π΄π» warga tua
π€°π» wanita mengandung
π mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan lain-lain.
β
Komplikasi akibat jangkitan influenza teruk yang dialami oleh golongan beris*ko tinggi ini juga berpotensi untuk menyebabkan kematian.
π Sehubungan itu, orang awam secara amnya dan golongan beris*ko tinggi secara khususnya adalah amat digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan oleh kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.
PENGUMUMAN:
Mulai September klinik akan beroperasi seperti berikut
Sabtu: 9-12pm, 2-4pm
Ahad: 9-12pm
28/08/2024
Jika bayi alami cirit birit, mereka akan menangis kesakitan apabila punggung dibersihkan. Sebenarnya, mereka menangis bukan kerana cirit birit tetapi akibat punggung yang melecet.
Perhatikan permukaan kulit yang kemerahan dan membengkak, ia tanda kulit telah melecet. Bagi mencegah masalah ini, elakkan dari menggunakan tisu basah (wipe tissue) dan bahan pencuci seperti sabun.
Cukup hanya alirkan air bersih dan kemudian tekap dengan lembut menggunakan kain lembut (jangan gosok).
Kemudian sapukan krim pelembab seperti Zink Oxide, calamine cream atau drapoline
13/03/2024
Puasa tok, tiba2 ada trend viral kurma sumbat butter. Dah bagus Allah cipta buah kurma yang sempurna dan penuh ngan zat kebaikan, kakya dicemar dengan sumbatan butter yang kalori tinggi dan tinggi lemak tepu. Ish ish ish
Kurma mengandungi pelbagai khasiat dan mineral penting serta serat. Tetapi apabila ia di tambah dengan bahan seperti butter dan diambil dalam kuantititi yang banyak, ia lebih membawa mudarat berbanding kebaikan.
Mentega adalah lemak haiwan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi. Ia juga tinggi kalori. 1 biji kurma butter = sesenduk nasi. Nak makan untuk rasa rasa tiada masalah, untuk pengambilan kerap dan banyak tidak baik untuk kesihatan.
10/09/2021
Kitak ok s*k?
Bantuan sentiasa ada. Sekiranya anda atau orang yang dikenali mengalami masalah tekanan mental, kemurungan atau gangguan emosi, sila pergi ke klinik terdekat.
Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2021 Bagi setiap kejadian bunuh diri, ramai ahli keluarga dan masyarakat yang terjesan dari segi emosi.Dengarkan cerita mereka .. Bertindak segera, harapan terbin...
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Klinik Ibukota Semarak, Ground Floor, S/L8, Lot 5820, Jalan Semarak
Kuching
93050
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 21:00 |
| Tuesday | 09:00 - 21:00 |
| Wednesday | 09:00 - 21:00 |
| Thursday | 09:00 - 21:00 |
| Friday | 09:00 - 21:00 |
| Saturday | 09:00 - 16:00 |
| Sunday | 09:00 - 12:30 |