CRAUN Research Sdn. Bhd.

CRAUN Research Sdn. Bhd.

Share

Official page

06/07/2026

JAWATAN KOSONG

Juruaudit Dalaman (1 Kekosongan) - Kuching

Kami mencari calon yang mempunyai minat dalam bidang audit dalaman, tadbir urus, pengurusan risiko dan pematuhan bagi memperkukuhkan sistem kawalan dalaman organisasi.

📅 Tarikh Tutup Permohonan: 12 Julai 2026

📧 Hantar permohonan anda ke:
[email protected]

Sila sertakan:
✅ Resume/CV yang lengkap
✅ Gaji yang dipohon (Expected Salary)

Atau hantarkan permohonan melalui pos kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif
CRAUN Research Sdn. Bhd.
Lot 3147, Blok 14, Jalan Sultan Tengah
93050 Kuching, Sarawak

Photos from CRAUN Research Sdn. Bhd.'s post 21/06/2026

PENGHARGAAN KEPADA TEAM CRAUN DI KARNIVAL BALAU DALAT 2026

Setelah tiga hari yang penuh dengan aktiviti, interaksi dan pengalaman berharga di Karnival Balau Dalat 2026, pihak pengurusan CRAUN ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga kerja yang telah bertungkus-lumus menjayakan penyertaan CRAUN sepanjang karnival berlangsung.

Penghargaan khusus diberikan kepada Team Pameran yang diketuai oleh Puan Nurazalia Mohamad Ali, Pegawai Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam, yang telah menguruskan penyediaan pameran, promosi, penyampaian maklumat serta interaksi bersama pengunjung dengan penuh komitmen dan profesionalisme.

Ucapan terima kasih juga kepada Team Jualan yang diketuai oleh Encik Suffian Awang Julie, yang telah berusaha mempromosikan dan memasarkan produk-produk CRAUN kepada para pengunjung sepanjang karnival berlangsung.

Sambutan yang diterima terhadap produk dan teknologi yang dipamerkan oleh CRAUN amat memberangsangkan, sekali gus mencerminkan minat masyarakat yang semakin meningkat terhadap inovasi serta produk bernilai tambah berasaskan sagu yang dibangunkan di Sarawak.

Kejayaan penyertaan CRAUN dalam Karnival Balau Dalat 2026 adalah hasil kerjasama, dedikasi dan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh seluruh anggota pasukan, sama ada di barisan hadapan mahupun di belakang tabir.

Terima kasih atas komitmen, usaha dan pengorbanan masa yang telah dicurahkan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Lot 3147, Block 14, Jalan Sultan Tengah
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00