FBU FC Official
Kami bersedia menerima jemputan perlawanan daripada team lawan(FUTSAL@BOLA)(FM)
12/05/2026
HARI PERLAWANAN 📌
12/05/2026
Perlawanan persahabatan bola sepak menentang pasukan DJB Ft malam tadi bertempat di Cascara Arena Kuching. Keadaan cuaca sangat baik sepanjang permainan. Sepak mula pada pukul 8mlm, bermain 4 set keseluruhannya dan perlawanan tamat sekitar jam 10 malam berkesudahan keputusan 4-3 memihak kepada pasukan lawan.
Terima Kasih byk2 kepada semua pemain kedua2 pasukan dan tidak lupa juga kepada pengurus pasukan lawan Mohammad Ramadhan sudi invite FBU FC friendly match. 🤝👍 Next Match 🆚Merseyside fc Esok malam.🔜.
MASA PENUH 📌
DJB FT 4 FBU FC 3
10/05/2026
HARI PERLAWANAN 📌
Jumpa malam kelak 👋
08/05/2026
Perlawanan persahabatan bola sepak malam tadi Vs OMSB FC bertempat di Padang KDFA, Kuching. Satu pengajaran buat pasukan terlalu gembira apabila mendahului dengan jaringan awal, akhirnya tewas pada pasukan lawan.
Leading bukan satu jaminan untuk capai kemenangan keseluruhannya. Kekalahan malam tadi untuk memberi semangat pemain² untuk bangkit pada perlawanan akan datang.
Terima Kasih byk2 kepada semua pemain kedua2 pasukan dan tidak lupa juga kepada pasukan lawan OMSB sudi Invite FBU FC friendly match 🤝👍
Full Time 📌
OMSB FC 6 FBU FC 3
05/05/2026
PERLAWANAN SETERUSNYA 📌
Setelah berehat cuti semester pertama kini tibanya semula minggu PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK. FBU FC bakal berdepan dengan pasukan hebat pada hari khamis ini bertempat di Padang KDFA. Terima Kasih OMSB sudi invite FBU FC friendly 🤝
28/04/2026
Terima Kasih byk2 Kelab Bola Sepak Muhazis sudi menjemput kami dalam pertandingan bola Sepak 4 PENJURU PIALA MUHAZIS yang telah berlangsung baru² ni di Padang Cascara Arena, Kuching. Pengalaman yang berguna buat pasukan yg lemah ini untuk menimba ilmu pengetahuan dari segi corak permainan sebenar pertandingan, kepentingan komunikasi rakan sepasukan dalam padang dan lain2 lagi.
Apa² pun terima Kasih banyak2 kepada semua pemain FBU FC serta tidak lupa juga kepada pemain² pasukan Muhazis FC, SCARLORE FC dan MARA FC dan memohon ampun dan maaf jika terdapat kekasaran dalam kalangan pemain² fbu fc sepanjang pertandingan tersebut. Sekali lagi terima Kasih kepada KELAB BOLA SEPAK MUHAZIS 🤝👍
TEMPAT KE-3 🏆
PENJAGA GOL TERBAIK USTAZ SALIHIN
27/04/2026
Gambar² aksi pemain pada perlawanan PIALA MUHAZIS SABTU baru² ni 📸📷
Jersy digunakan warna Hitam dan Oren(last game)
25/04/2026
Hari Perlawanan 📌
Perebutan Piala Muhazis FC pada petang ini di Cascara Arena, Kuching. Semoga dipermudahkan segala2nya 🤲
24/04/2026
Alhamdulillah selesai perlawanan persahabatan bola sepak sebentar tadi di Padang C. Terima kasih kepada semua pemain kedua2 pasukan dan tidak lupa juga kepada pasukan lawan CMS FC sudi invite FBU FC friendly match 🤝 👍
Masa Penuh 📌
Mid CMS FC 6 FBU FC 6
23/04/2026
FBU FC telah menerima jemputan perlawanan persahabatan bola sepak daripada pasukan CMS FC. Terima Kasih Pasukan Lawan sudi invite FBU FC persahabatan bola sepak 🤝
Jumpa malam nanti di Padang C 👋
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kuching