Samariang Aman
FB Page Samariang Aman ini adalah satu platform interaksi sosial mengenai pembangunan Taman Samariang Aman Harap Maklum.
19/02/2026
HEBAHAN AWAM I 19 FEBRUARI 2026
Infaq Ramadan Barangan Keperluan Dapur Masjid Darul Akmal Samariang Aman
Jawatankuasa Masjid Darul Akmal Samariang Aman memohon sumbangan berupa barangan keperluan dapur bagi aktiviti moreh selepas sembahyang Terawih bersempena Ramadan al-Mubarak 1447H.
Sumbangan barangan keperluan dapur yang diperlukan adalah seperti berikut:
1. Air Mineral/Air Reverse Osmosis
2. Kopi (sebaiknya yang dimesin dan kasar)
3. Susu Pekat
4. Gula
5. Biskut Kering
6. Kuih Muih
Sumbangan boleh disalurkan terus kepada:
1. Encik Alid Ibrahim bin Daud di talian 011-25653951
2. Puan Salawatie binti Khalid di talian 014-2050695
Semoga amalan bersedekah muslimin dan muslimat diberkati Allah S.W.T.
09/02/2026
Tahlil Perdana 1447H/2026M
Ahli Jawatankuasa Masjid Darul Akmal Samariang Aman menjemput orang ramai yang berhajat untuk mengadakan tahlil bagi ahli keluarga yang telah meninggal dunia di Masjid Darul Akmal Samariang Aman pada butiran seperti berikut:
Tarikh: 12 Februari 2026, Khamis
Masa: Maghrib/Isyak
Tempat: Masjid Darul Akmal Samariang Aman
Kaedah pelaksanaannya, setiap nama arwah keluarga (orang) yang berhajat akan berniat dan membaca nama arwah.
Justeru, ahli keluarga digalakkan untuk hadir bersama di dalam Tahlil Perdana ini nanti.
Dalam pada itu, AJK Masjid Darul Akmal Samariang Aman sangat mengalu-alukan sumbangan berupa makanan atau apa sahaja bagi melancarkan majlis. [kod QR Masjid Darul Akmal disediakan]
Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas boleh berhubung kepada Encik Abdullah bin Bojeng di talian 013-8287438 atau datang terus ke Masjid Darul Akmal Samariang Aman pada malam tersebut.
Mohon sebarkan kepada ahli keluarga, sahabat dan jiran yang ingin berhajat berbuat demikian.
25/02/2025
Assalamualaikum & Salam Perpaduan Warga Samariang Aman. Pertama kali & julung kali diadakan program memeriahkan & menyambut awal Ramadhan. Program Kayuhan Sambutan Malam Ramadhan 2025 akan diadakan selepas Solat Terawih pada hari Sabtu 1 Mac 2025. Program akan dimulakan dari Pondok KRT Samariang Aman.
Jom rami2 kita join ada lucky draw juak. Sapa2 sikda basikal boleh juak merami ngan jalan kaki berlarak sambil mbak lampu liplapliplap. Set date & masa kitak org semua. Jom! 👍🏽😊🤲🏽💪🏽
Click here to claim your Sponsored Listing.
Website
Address
Lorong Cahya Permai
Kuching
93050