PEMBINA UNIMAS Official
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UNIMAS telah berdaftar secara rasmi di bawah Hal Ehwal Pelajar Pakej Tarbiyah
2. Pakej Media
3. Pakej Bakti
4.
10/06/2026
[ 𝐒𝐈𝐍𝐄𝐑𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐌𝐀𝐒 × 𝐏𝐄𝐑𝐖𝐈𝐑𝐀: 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐌𝐁𝐎𝐋𝐈𝐊 𝐊𝐔𝐓𝐈𝐏𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 ]
Alhamdulillah, satu penyerahan simbolik kutipan derma hasil daripada jualan Merchandise: Gaza Support Store telah disempurnakan oleh Saudara Riqmal (Pengerusi PEMBINA UNIMAS) kepada Encik Nur Azlan (Pengurus Kelab PERWIRA Sarawak) pada 9 Jun 2026.
Melalui kerjasama strategik ini, PEMBINA menggerakkan usaha jualan produk dan dana yang terkumpul ini akan disalurkan sepenuhnya oleh pihak PERWIRA terus ke tabung bantuan Palestin.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menyokong jualan ini. Semoga sumbangan kecil kita menjadi impak yang besar buat saudara kita di Palestin.
𝘍𝘳𝘰𝘮 𝘙𝘪𝘷𝘦𝘳 𝘵𝘰 𝘵𝘩𝘦 𝘚𝘦𝘢, 𝘗𝘢𝘭𝘦𝘴𝘵𝘪𝘯𝘦 𝘸𝘪𝘭𝘭 𝘣𝘦 𝘧𝘳𝘦𝘦. 𝘏𝘢𝘯𝘤𝘶𝘳𝘭𝘢𝘩 𝘻𝘪𝘰𝘯𝘪𝘴 𝘪𝘴𝘳𝘢𝘦𝘭 𝘭𝘢𝘬𝘯𝘢𝘵𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩.
𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 (𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀)
𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤
𝐒𝐞𝐬𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔
09/06/2026
[𝐏𝐑𝐀𝐘 𝐅𝐎𝐑 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇: 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐃𝐎𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀]
Seluruh warga Malaysia diseru untuk terus mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saudara-saudara kita di negeri Sabah berikutan situasi Amaran Tsunami yang dikeluarkan pihak berkuasa.
Dalam menghadapi situasi yang mencabar ini, marilah kita sentiasa cakna dan mematuhi langkah-langkah keselamatan berikut:
1)Dengar dan Ikut Arahan Rasmi:
Pastikan maklumat yang diterima adalah daripada sumber yang sahih (seperti MET Malaysia atau agensi kerajaan yang berkaitan). Jangan menyebarkan berita yang tidak pasti.
2)Utamakan Keselamatan Diri dan Keluarga: Segera bertindak sekiranya diarahkan untuk berpindah atau mencari tempat yang lebih tinggi/selamat.
3)Waspada Setiap Masa:
Sentiasa peka dengan persekitaran dan perkembangan semasa.
Semoga Allah SWT memelihara seluruh rakyat Sabah daripada sebarang musibah dan memberikan kekuatan serta ketabahan kepada mereka yang terjejas. Marilah kita terus saling mendoakan.
𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 (𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀)
𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤
𝐒𝐞𝐬𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the university
Address
Tingkat 1, SL 60 Blok C, Lot 11780, Aiman Mall, Commercial Centre
Kuching
94300