Pustaka Negeri Sarawak

Pustaka Negeri Sarawak

Share

Sarawak State Library, a gateway to knowledge and information to the world. Pustaka Negeri Sarawak is the Sarawak's largest reference library.

Photos from Pustaka Negeri Sarawak's post 10/06/2026

ππ„ππ†πŠπ„π‹ π“π‘π€ππ’π…πŽπ‘πŒπ€π’πˆ ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π ππ„π‘ππ”π’π“π€πŠπ€π€π π’π„πŒππ„ππ€ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 ππ„π‘ππ”π’π“π€πŠπ€π€π π€π–π€πŒ ππ‘π„πŒπˆπ„π‘ π’π€π‘π€π–π€πŠ & π‡π€π‘πˆ ππ”π’π“π€πŠπ€π–π€π πŸπŸŽπŸπŸ”

10 Jun 2026, KUCHING – Sesi perkongsian bertajuk β€œKecerdasan Buatan (AI): Pembuatan Automasi dan Reka Bentuk Visual” telah disampaikan oleh Ts. Syahrul Nizam Junaini, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Sesi ini memperkenalkan konsep dan aplikasi Large Language Models (LLM) serta teknik Prompt Engineering yang berkesan dalam memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada penggunaan AI dalam menghasilkan imej, rajah, poster dan infografik bagi menyokong penghasilan kandungan visual yang lebih kreatif, menarik dan berkualiti.

Perkongsian ini memberi peluang kepada peserta untuk memahami potensi AI dalam meningkatkan kecekapan kerja, memperkasa inovasi digital serta menyokong transformasi perkhidmatan perpustakaan selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Bersempena Hari Pustakawan 2026, program ini turut menjadi platform pembangunan kompetensi profesional dalam kalangan pustakawan dan pegawai perpustakaan ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih dinamik, inovatif dan berorientasikan pengguna.

Photos from Pustaka Negeri Sarawak's post 10/06/2026

ππ„ππ†πŠπ„π‹ π“π‘π€ππ’π…πŽπ‘πŒπ€π’πˆ ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π ππ„π‘ππ”π’π“π€πŠπ€π€π π’π„πŒππ„ππ€ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 ππ„π‘ππ”π’π“π€πŠπ€π€π π€π–π€πŒ ππ‘π„πŒπˆπ„π‘ π’π€π‘π€π–π€πŠ & π‡π€π‘πˆ ππ”π’π“π€πŠπ€π–π€π πŸπŸŽπŸπŸ”

10 Jun 2026, KUCHING – Bengkel Angkasa yang dikendalikan oleh Puan Norassima Binti Sitam, Ketua Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Pustaka Negeri Sarawak, telah berlangsung pagi ini sebagai sebahagian daripada pengisian Bengkel Transformasi Perkhidmatan Perpustakaan.

Sesi ini memberi tumpuan kepada aspek pengkatalogan dan pengkelasan bahan, di samping memperkenalkan Resource Description and Access (RDA) serta standard MARC21 dalam pengurusan sumber perpustakaan. Perkongsian turut merangkumi aplikasi RDA/MARC21 bagi pelbagai jenis bahan perpustakaan, termasuk bahan monograf, bahan terbitan bersiri dan bahan elektronik, bagi memperkukuh kecekapan pengurusan maklumat serta pemprosesan bahan perpustakaan.

Bersempena Hari Pustakawan 2026, program ini turut menjadi platform pengiktirafan dan penghargaan kepada warga pustakawan atas komitmen dan sumbangan mereka dalam memperkasakan perkhidmatan perpustakaan serta menyokong transformasi penyampaian ilmu kepada masyarakat.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Jalan Pustaka
Kuching
93050