Baitul Ihtimam

Baitul Ihtimam

Share

Pusat perlindungan dan kelas untuk muallaf di sekitar Kota Samarahan.

20/03/2025

✨ Tazkirah Ramadan Mingguan ONLINE ✨

Jom bersama Ustaz Ahmad Najmi, pensyarah dari Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) dalam Tazkirah Ramadan Mingguan Online yang bakal mengisi malam-malam penuh keberkatan kita.

πŸ“… Tarikh: 22 Mac 2025
⏰ Masa: 10 PM
πŸ“ Platform: Google Meet
πŸ”— Link: https://meet.google.com/xew-unsr-rgi

Anjuran: Baitul Ihtimam

Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu dan mendekatkan diri kepada Allah dalam bulan yang penuh rahmat ini. Mari sama-sama menghayati keindahan Ramadan dengan perkongsian ilmu yang bermanfaat!

Sebarkan kebaikan, ajak keluarga & sahabat! ✨

Photos from Baitul Ihtimam's post 16/03/2025

✨ Tazkirah Mingguan Online Baitul Ihtimam: Kecintaan Kepada Rasulullah SAW & Kaitannya Dengan Ramadan ✨

Alhamdulillah, tazkirah mingguan online Baitul Ihtimam kali ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Ramadan Al-Banjari, tenaga pengajar di Madrasah Baladul Amin, Kalimantan Selatan.

Antara pengisian utama dalam sesi ini adalah kecintaan kepada Rasulullah SAW, terutama dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai."
(HR. Bukhari & Muslim)

Hadis ini memberikan harapan besar kepada kita semua. Jika kita benar-benar mencintai Rasulullah SAW, kita akan dihimpunkan bersama baginda di akhirat kelak. Namun, cinta kepada baginda bukan hanya di bibir, tetapi perlu dibuktikan dengan menghidupkan sunnah dan mencontohi akhlak baginda.

Salah satu sifat Rasulullah SAW yang paling menonjol adalah menyantuni mereka yang memerlukan. Ibnu Abbas RA meriwayatkan:

"Rasulullah SAW adalah manusia paling pemurah, dan baginda lebih pemurah lagi pada bulan Ramadan..."
(HR. Bukhari & Muslim)

Baginda bukan sahaja memberi dengan tangan sendiri, tetapi juga mendahulukan keperluan orang lain, menyantuni fakir miskin, anak yatim, dan mereka yang memerlukan bantuan. Ramadan adalah bulan terbaik untuk mencontohi sifat kasih sayang dan kemurahan hati Rasulullah SAW dengan:
βœ… Memperbanyakkan sedekah, terutama kepada fakir miskin dan anak yatim
βœ… Memberi makan kepada mereka yang berpuasa
βœ… Membantu saudara seagama yang memerlukan, termasuk mualaf dan asnaf
βœ… Menyebarkan kebaikan dan kasih sayang kepada semua

Marilah kita membuktikan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan mencontohi sifat pemurah dan penyayang baginda. Semoga setiap usaha kita menjadi bukti cinta kepada baginda dan membawa kita lebih dekat kepada syafaatnya di akhirat kelak.

Jazakumullahu khairan kepada semua yang hadir serta para penyumbang Program Ihya’ Ramadan Baitul Ihtimam. Semoga segala amal kebaikan ini diterima oleh Allah SWT sebagai bukti kecintaan kita kepada Rasulullah SAW.

✨ Allahumma shalli β€˜ala Sayyidina Muhammad wa β€˜ala aali Sayyidina Muhammad. ✨

Photos from Baitul Ihtimam's post 15/03/2025

Aktiviti Iftar Mingguan Baitul Ihtimam minggu ini menjadi lebih istimewa apabila mendapat tajaan untuk berbuka puasa di Borneo Convention Center Kuching (BCCK). Setelah penat terlibat menguruskan program tadarus dan tadabbur Quran sepanjang 2 minggu ini, hari ini bersantai berbuka puasa d BCCK. Mudah2an selepas ini lebih bersemangat menguruskan Program Ihya Ramadan. Terima kasih kepada penaja. Hanya Allah sebaik-baik pemberi balasan🀲🏻

10/03/2025

πŸ“’ TAZKIRAH MINGGUAN – IHYA' RAMADHAN BERSAMA MUALAF πŸŒ™

Alhamdulillah, pada Sabtu, 8 Mac 2025, telah berlangsung Tazkirah Mingguan dalam program "Ihya' Ramadhan Bersama Mualaf".

Majlis ilmu ini telah disampaikan oleh Prof Madya Dr. Hadenan Bin Towpek, yang berkongsi ilmu dan nasihat berharga untuk meningkatkan keimanan serta amalan kita sepanjang Ramadan.

✨ Antara intipati menarik tazkirah:
βœ… Kepentingan memanfaatkan Ramadan dengan ibadah dan muhasabah diri
βœ… Keutamaan memahami dan menghayati ajaran Islam dengan lebih mendalam
βœ… Pentingnya takwa umpama sensor yang membimbing kita dalam kehidupan seharian

Jazakumullahu khayran kepada semua yang telah menyertai majlis ilmu ini. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat diamalkan dan menjadi bekalan berharga dalam kehidupan kita.

πŸ“’ Nantikan aktiviti seterusnya dalam program Ihya' Ramadhan Bersama Mualaf! Teruskan bersama kami untuk lebih banyak perkongsian ilmu dan ibadah sepanjang bulan yang mulia ini.

πŸ“ž Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut:
πŸ“² Sdr. Stenley - 01115804574
πŸ“² Sdr. Marzukhin - 0178825099

Want your school to be the top-listed School/college in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


No. 74, Lorong 5, Taman Samarindah
Kuching
94300