Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak

Share

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak Pembinaan maktab ini bermula pada tahun 1998 bagi menggantikan Maktab Perguruan Sains Bintulu. Hj. Dato' Sri Mohd.

28/04/2026

Amali Pendidikan Permainan Kategori Jaring/Dinding, Memukul dan Memadang .

Tarikh: 23 April 2026

Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat: Padang Bola Sepak, Gelanggang Bola Tampar, Gimnasium IPG Kampus Tun Abdul Razak

Kumpulan: PJ1824, PJ2824, PJ3824

Ujian Amali Pendidikan Permainan Kategori Jaring/ Dinding, Memukul dan Memadang bagi kursus PJMS3223 telah dilaksanakan pada 23 April 2026 bertempat di Padang Bola Sepak, Gelanggang Bola Tampar dan Gimnasium pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan penglibatan seramai 76 orang pelajar PISMP PJ Ambilan Ogos 2024 yang terdiri daripada PJ1824, PJ2824 dan PJ3824. Ujian amali ini bertujuan menilai penguasaan kemahiran asas permainan selaras dengan hasil pembelajaran kursus dan objektif Pentaksiran Berterusan, iaitu menunjukkan kemahiran asas permainan dengan teknik yang betul semasa ujian amali.

Penilaian melibatkan kategori jaring/dinding (bola tampar, badminton dan sepak takraw) serta memukul dan memadang (sofbol), dengan fokus terhadap ketepatan teknik, koordinasi pergerakan, kawalan permainan dan keupayaan dalam membuat keputusan.

Secara keseluruhannya, pelajar menunjukkan tahap penguasaan yang baik dan memuaskan. Namun, beberapa aspek seperti konsistensi hantaran, ketepatan pergerakan dan kawalan permainan masih perlu dipertingkatkan. Amali ini membantu pelajar memahami aplikasi kemahiran secara sistematik serta memberi pengalaman praktikal dalam pelaksanaan aktiviti Pendidikan Jasmani.

Photos from Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak's post 28/04/2026

PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT PERINGKAT IPGK TUN ABDUL RAZAK

23 APRIL 2026 / khamis

Program Jom Baca Bersama 10 Minit ini merupakan suatu inisiatif tahunan yang dilaksanakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat di seluruh negara. Tema program Jom Baca Bersama 10 Minit bagi tahun 2026 ini adalah ‘Membaca Membina Bangsa’.

Warga IPGKTAR turut bersama - sama terlibat dalam menjayakan program sedemikian. Pelbagai program telah disediakan terutama bagi mengisi aktiviti tersebut serta menarik minat dan penyertaan warga IPGKTAR.

Impak yang diperoleh daripada program seumpama ini mampu menjadikan aktiviti membaca ini sebagai budaya yang harus diberikan keutamaan dan sentiasa diamalkan dalam kalangan warga IPGKTAR. Membaca adalah penting dalam usaha untuk menimba serta meningkatkan ilmu pengetahuan.

28/04/2026

BENGKEL PENJILIDAN DAN PEMBAIKAN RINGAN 2026
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak melalui Pusat Sumber IPGKTAR akan menganjurkan Bengkel Penjilidan dan Pembaikan Ringan pada 29 hingga 30 April 2026, bertempat di Perpustakaan/Pusat Sumber IPGKTAR.
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kemahiran asas kepada peserta berkaitan teknik penjilidan, pemeliharaan bahan bacaan, pembaikan ringan buku, penyediaan bahan kekulit buku serta kerja-kerja kemasan akhir. Program ini juga merupakan usaha berterusan Pusat Sumber IPGKTAR dalam meningkatkan kemahiran pengurusan dan pemeliharaan bahan perpustakaan secara lebih sistematik dan berkesan.
Semoga bengkel ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta serta menyokong usaha institut dalam memperkukuh budaya ilmu, penjagaan bahan sumber dan pengurusan perpustakaan yang berkualiti.

24/04/2026

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(PBSS)

15 APRIL 2026

Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) telah dilaksanakan pada 15 April 2026 bertempat di SK Mata Parang. Program tersebut telah dianjurkan oleh pelajar Pendidikan Jasmani Ambilan Ogos 2023 (PISMPPJ1826) yang mengambil Mata Pelajaran PKES3132 Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) bersama Pensayarah Penasihat CIK Hamsiah Binti Bontal dan En. Ismail Bin Dikoh sebagai Pensyarah Penilai dengan kerjasama Guru Penasihat Kelab Dr. Muda SK Mata Parang. Program ini berlansung selama 3 jam 30 minit iaitu dari jam 2.00 petang sehingga 5.30 petang. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah senamrobik perdana untuk semua guru dan pelajar tahap 2 SK Mata Parang, pertandingan mewarna untuk pelajar tahun 4, pertandingan kuiz kesihatan untuk pelajar tahun 5 dan treasure hunt untuk pelajar tahun 6, majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada peserta.

Program ini bertujuan untuk melahirkan individu yang sihat, cergas dan mempunyai kesedaran tinggi terhadap kepentingan penjagaan kesihatan melalui perlaksanaan pelbagai aktiviti fizikal dan pendidikan kesihatan. Perlaksanaan program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada guru dan staf serta pelajar sekolah SK Mata Parang. Penglibatan pelajar sangat aktif dan bersemangat dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Program ini berjaya meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kesihatan serta dapat menggalakkan mereka mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal. Selain itu program ini juga dapat memupuk nilai kerjasama, disiplin, serta semangat kesukanan dalam kalangan peserta serta memberi peluang kepada siswa guru mengaplikasikan kemahiran pengurusan dan pengendalian aktiviti secara praktikal disamping mengeratkan diraturahim dalam kalangan siswa guru dengan guru dan staf SK Mata Parang.

Want your university to be the top-listed University in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak
Kuching
94300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00