Cranberrich

Cranberrich

Share

Your Beauty and Health Care Provider Whom Deliver Authenticity and Happiness.

26/06/2022

Pelihara Kesihatan dan Kecantikan dengan Daun Pegaga

Pelbagai produk kesihatan dan kecantikan yang telah dicuba, tetapi masih ada di kalangan awak semua tidak mendapatkan hasil yang diingini?

Duit sudah banyak dihabiskan untuk produk tersebut, tetapi tiada apa-apa perubahan?

Jadi, mari Cik B kongsikan bagaimana awak semua boleh memelihara kecantikan dan kesihatan sekaligus tanpa perlu berbelanja mahal.

Tahukah awak semua bahawa daun pegaga boleh mencantikkan wajah dan menyihatkan tubuh badan dari dalam?

Ya, daun pegaga antara ulam yang paling pop**ar dan diakui memiliki banyak kebaikan.

Daun pegaga mampu untuk merawat kerosakan kulit, membuatkan wajah lebih berseri dan segar. Daun pegaga juga mampu untuk meningkatkan peredaran darah.

Selain itu, daun pegaga juga boleh dijadikan sebagai detoks, memperbanyakkan susu ibu, dan juga menguatkan tulang.

Awak semua boleh mengamalkan penggunaan daun pegaga ini dengan banyak cara sesuai dengan tujuan awak semua.

Sebagai contoh, daun pegaga boleh dijadikan sebagai ulam, jus dan juga masker wajah.

Semoga perkongsian Cik B kali ini dapat memberikan informasi yang bermanfaat buat awak semua.

17/06/2022

Air Herba untuk Buang Angin dalam Badan

Masalah perut kembung? Dah membuang tapi perut masih rasa keras? Effectnya sampai kaki pun sakit?

Cik B tahu di sini pasti ramai yang ada masalah angin dalam badan, kan? Dah cuba macam-macam cara atasinya, tetapi tetap tiada perubahan.

Hari ini, Cik B nak kongsi satu resipi air herba untuk membuang angin di dalam badan sekaligus bertindak untuk mengempiskan perut.

Bahan-bahan yang diperlukan:
-Air mineral 1 liter
-Halia muda 2 inci (diketuk)
-Serai 1 batang (dititik)
-Daun pandan 3 helai
-Gula merah / Gula Kabung / Gula batu (ikut selesa masing-masing)
-Teh 1 uncang (ikut jenama favourite sendiri)

Cara-cara penghasilan:

Awak semua hanya perlu rebus halia, serai dan daun pandan selama 30 minit dengan api yang sederhana.

Kemudian, jika sudah mendidih, tunggu lagi sehingga 15 minit. Selepas itu, awak semua boleh letakkan gula (pilihan).

Awak semua letakkan uncang teh, biarkan selama 5 minit kemudian tapis. Boleh juga tambahkan dengan sedikit madu dan hirisan lemon.

Siap untuk diminum. (emoji)

Awak semua boleh amalkan 3 kali seminggu untuk lihat hasilnya. Semoga bermanfaat!

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kulai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


S2, Jalan Kenanga, Sedenak Mill
Kulai
81010

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:30
Sunday 09:00 - 17:00