SMI Choconims
This page is created for assignment purpose only.
27/11/2023
Saya bukanlah orang Perak.
Tapi bila sebut pasal rendang, dalam banyak² versi di Malaysia ni, Rendang Tok Asli Negeri Perak juga yang menambat selera tekak saya 😋
Teksturnya yang kering² tak berkuah, pedas² rempah dan cili, harum sangat. Masak sampai kering gelap atas dapur berjam² perlukan kesabaran.
Kali ni saya buat daging 1 kilo setengah campur limpa 1 kilo.
Saya belajar resepi ni dengan orang Perak juga.
Semua bahan² rencah dikisar kering.
Saya halalkan resepi ni untuk yang s**a mencuba ♥️
Resepi Rendang Tok Asli
Bahan² hiris :
10 biji bawang rose dihiris halus
1-2 labu bawang putih dihiris halus
4 inci halia dihiris halus
Bahan² kisar :
2 genggam cili kering pedas @ kurang pedas
- dicuci, direbus, nak buang biji pun terp**ang ya.
- disangai dalam kuali sampai kering
- blend kering TANPA AIR
2 ketul lengkuas
5 batang serai
- dikisar kasar dgn air, lepas tu diperah buang airnya. kita guna hampas sahaja ya
1 senduk biji ketumbar
(jintan manis & jintan putih optional ya. boleh letak kalau s**a)
- disangai dan dikisar kering
Bahan² utama lain:
1 1/2 kg daging pejal biasa yg ada lemak sikit² (bukan batang pinang. kita nak flavour dari lemak² daging juga)
900 gm limpa
- daging & limpa ni kita lakukan proses ‘mati air’ dulu sampai airnya kering.
- maksudnya rebus dalam periuk TANPA AIR. masak biar air daging tu keluar sendiri, sampailah air tu kering semua.
2 kg santan asli pekat
2 keping besar gula nisan (kalau guna gula melaka, boleh kurangkan sikit)
2 senduk kerisik
daun kunyit hiris
Cara masak :
1. Reneh santan atas kuali sambil kacau dalam 10 minit. Api sederhana je.
2. Masukkan bahan² hiris.
3. Masukkan cili kering yg dikisar kering² tadi.
4. Masak sampai terbit minyak sikit.
5. Masukkan daging & limpa.
6. Masukkan bahan² kisar yang lain.
7. Masak sampai pecah minyak.
8. Masukkan kerisik dan gula nisan.
9. Masukkan perisa & garam.
10. Tabur daun kunyit. Masak sampai kering. Kacau selalu. Proses ni dalam 2-3 jam juga. Bergantung pada kuantiti daging.
**Kalau daging belum empuk, air boleh tambah jika perlu saja ya. sebab resepi ni kalau boleh kita nak kurangkan air.
Selamat mencuba 😊
Kredit:Izani shadila
22/01/2023
Selamat berhujung minggu Nims Lovers! 🤩 Take a break dengan Nims kegemaran korang!😍😍
Min masih lagi berteka-teki ni apa “Something New Is Coming!” ???🤔🤔🤔🤔
Surprise tau! Stay tuned!
22/01/2023
Jom main teka silang kata! Maybe perkataan yang korang bakal jumpa tu salah satu clue keluaran terbaru NIMS.
Jom komen perkataan apa yang korang jumpa dalam puzzle ni ya.
22/01/2023
Selamat Pagi Semua!
21/01/2023
Selamat Pagi Semua!!
Mulakan pagi kita dengan bersarapan bersama NIMS agar memberikan kita tenaga dan keceriaan supaya dapat beri impak positive kepada diri kita sendiri dan orang di sekeliling kita😁 Dengan adanya NIMS tak perlu risau kerana mudah didapati, mudah di makan. Bila dah bersarapan barulah kita selesa buat kerja kan!
Jgn lupa utk bersarapan ye semua!!
20/01/2023
Bila tengok Nims Crispy Chocotub confirm rasa laparkan 😆 dengan kecairan coklat Nims yg premium , cereal yg rangup confirm tak boleh tahan kan 😝
Jom dapatkan Nims skrg 😋 makan sekali confirm nak lagi !!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kulim