Ansara PDRM

Ansara PDRM

Share

FB page bagi Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains MARA cawangan ANSARA PDRM.

23/04/2026

Assalamualaikum WBT,

Dukacita dimaklumkan bahawa Cikgu Rosniza kini sedang diuji dengan penyakit kanser paru-paru tahap 4.

Sehubungan itu, satu Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 23 April 2026
⏰ Masa: 7:45 p.m.
📍 Platform: Google Meet (meet.google.com/yjr-pzxi-ufz)

Justeru, marilah kita bersama-sama hadir bagi mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan beliau.

Semoga setiap doa yang dipanjatkan menjadi asbab kebaikan dan kesembuhan buat beliau.

01/03/2026

Selamat Menyambut Hari MARA ke-60 (1966–2026)

Menjadi Anak Sains MARA adalah satu kebanggaan dan amanah yang dipikul dengan penuh tanggungjawab dalam meneruskan legasi kecemerlangan pendidikan serta pembangunan bangsa.

Ikhlas daripada ANSARA PDRM.

Photos from Ansara PDRM's post 18/01/2026

[PERLAWANAN BOLA SEPAK LIGA ALUMNI – KATEGORI SARJANA]

Perlawanan Bola Sepak Liga Alumni Kategori Sarjana (35 tahun ke atas) antara ANSARA PDRM dan ANSARA Beseri (ANSERI FC) telah berjaya dianjurkan pada 17 Januari 2026 bertempat di Padang MPOB Bangi.

Perlawanan ini turut diserikan dengan kehadiran serta penyertaan Ketua Cawangan semasa dan mantan Ketua Cawangan, di samping penglibatan wakil daripada 8 batch berbeza (SPM 1996 hingga SPM 2005). Berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan, ukhuwah dan kebersamaan alumni, perlawanan ini menyaksikan ANSARA PDRM mencatat kemenangan 6–1.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua pemain serta pihak yang terlibat dalam menjayakan perlawanan ini. Semoga hubungan silaturahim alumni terus diperkukuh dan pasukan terus melakar kejayaan pada masa akan datang. ⚽🤝

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kulim?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Kulim
09000