Pusat Riadah Wadi AnNour
Menawarkan khidmat:
- Berkuda
- Memanah
- Riadah dan kelas
- Silat
- Lawatan galeri
02/04/2026
Selamat Menyambut Hari Kesedaran Autisme Sedunia!
Bersempena Hari Autisme Sedunia, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa komited dalam memperkasa kesedaran awam serta memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap autisme.
Melalui pengesanan dan intervensi awal, sokongan berterusan serta persekitaran yang inklusif, individu autisme berupaya mencapai potensi diri secara optimum dan menyumbang secara bermakna kepada masyarakat.
Selamat Menyambut Hari Kesedaran Autisme Sedunia!
17/03/2026
Assalammualaikum pembaca budiman,
Seorang pemanah yang ingin melepaskan anak panah ke sasaran, haruslah terlebih dahulu memerhatikan tempat sasaran dan menilai kemampuan untuk mencapai matlamat tersebut.
Justeru itu, setiap pemanah perlu memahami bahawa antara sifat-sifat utama seorang pemanah ialah tenang, sabar, ikhlas dan reda dalam membuat setiap keputusan.
Dengan ketenangan dan kesabaran, anak panah dapat dilepaskan dengan tepat, manakala keikhlasan dan keredaan menjadikan setiap usaha itu bernilai sebagai ibadah di sisi Allah SWT.
Dalam Islam, memanah juga merupakan antara sukan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Sabda Baginda:
“Ajarilah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.”
(Riwayat al-Baihaqi)
Oleh itu, memanah bukan sekadar aktiviti sukan, tetapi juga latihan membentuk jiwa yang tenang, disiplin diri serta kekuatan fizikal dan spiritual, selari dengan sunnah Rasulullah SAW.
14/03/2026
Pendaftaran kini dibuka :
Assalammualaikum kepada semua ,
Kelas latihan Tahap Asas ( 24 sesi ) memanah tradisional konsisten setiap minggu .
Setiap sesi terhad untuk 20 orang peserta sahaja.
Kelas latihan jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi
Pilihan hari : Jumaat/Sabtu/Ahad
Kelas dewasa dan kanak-kanak
Kelebihan Memanah
# Terapi Minda
# Fokus
# Kekuatan
# Kelancaran
Berminat Sila huhungi :
Walid Irwan : 012-5605453
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kulim
09000
Opening Hours
| Tuesday | 09:00 - 11:00 |
| 17:00 - 19:00 | |
| Wednesday | 09:00 - 11:00 |
| 17:00 - 19:00 | |
| Thursday | 09:00 - 11:00 |
| 17:00 - 19:00 | |
| Friday | 09:00 - 11:00 |
| 17:00 - 19:00 | |
| Saturday | 09:00 - 11:00 |
| 17:00 - 19:00 | |
| Sunday | 09:00 - 11:00 |
| 17:00 - 19:00 |