Labuan Geopark

Labuan Geopark

Share

Labuan Geopark. Wilayah Persekutuan The Labuan Geopark is a designated area aimed at preserving and promoting the geological features of the island.

Photos from Labuan Geopark's post 20/04/2026

PROGRAM MUZIUM MERENTAS KAMPUS DAN SEKOLAH SIRI 1/2026
“MUZIUM DAN KOMUNITI: LESTARI BUDAYA, BINA PERPADUAN”

📅 Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Tempat: Kompleks Darul Kifayah, MAIWP, Tanjung Taras, Labuan

Labuan Geopark telah menyertai pameran sempena Program Muzium Merentas Kampus dan Sekolah Siri 1/2026 anjuran Muzium Chimney, Jabatan Muzium Malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan khusus buat para pelajar dan pendidik, termasuk pameran interaktif serta perkongsian ilmu berkaitan warisan, geologi dan kepentingan pemeliharaan khazanah negara. Selain itu, turut diadakan sesi Sembang Kupi-Kupi: Jenayah dan Komuniti yang telah disampaikan oleh Dr. Hjh Nor Ina binti Haji Kanyo, Pensyarah, Institusi Pengajian Orang Asal Borneo, Universiti Malaysia Sabah.

Penyertaan ini bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada generasi muda mengenai keunikan Labuan Geopark, malah turut menyokong usaha memupuk kesedaran terhadap pemeliharaan warisan budaya dan alam sekitar demi kelestarian masa hadapan.

Want your business to be the top-listed Business in Labuan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Labuan Corporation
Labuan
87022