UPS TLDM TIMUR
WELCOME TO THE OFFICIAL PAGE OF UPST
16/04/2026
Jom ramai-ramai memeriahkannya
03/04/2026
Terima kasih Datuk atas kesudian menyantuni warga UPST dan PSTL Labuan
30/05/2025
Our Trail Day - 29 May 25
Projek Jelajah Geopark Labuan
Bukit Minyak Gas ✅
Terowong Arang Batu Labuan ✅
"Hidup adalah sebahagian dari apa yang kita buat, dan sebahagian lagi yang dibuat oleh teman-teman yang kita pilih." - Tennessee Williams
17/05/2025
SAMBUTAN PANGKALAN TLDM LABUAN KE-59
Insyaallah sambutan ke 60 tahun bakal lebih meriah...
Berminat baju Pangkalan TLDM Labuan? 😁
04/05/2025
PROGRAM JIWA MURNI BAGI PENGHASILAN TANAMAN BUNGA SEMUSIM SEMPENA BORNEO FLORA FESTIVAL (BFF) LABUAN 2025
4 Mei 25 - Program sukarelawan bagi penghasilan tanaman bunga semusim sempena BFF melalui Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) telah berlangsung seawal 8 pagi bertempat di Tapak Semaian Pulau Buah, W.P. Labuan.
Warga Navy People Labuan bersama sukarelawan pelbagai agensi dan barisan Siswa/Siswi daripada Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) dan Kolej Matrikulasi Labuan telah bersama-sama mengusahakan medium semaian untuk kegunaan festival flora di Labuan yang bakal berlangsung mulai 26 hingga 30 Julai 2025.
Borneo Flora Festival 2025 yang julung-julung kalinya diadakan ini akan mempamerkan lebih 20 taman bertema yang direka secara kreatif dan luar biasa seperti Laman Magika, "Under Water World Garden", Taman "Glow In The Dark" dan banyak lagi sebagai pilihan spot bergambar menarik untuk para pengunjung.
02/05/2025
PROGRAM DERMA DARAH SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TLDM KE-91 PERINGKAT PANGKALAN TLDM LABUAN.
2 Mei 25 - Program derma darah peringkat Pangkalan TLDM Labuan telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama dengan Tabung Darah Hospital Labuan .
Program yang dilaksanakan ini telah dimeriahkan dengan penyertaan warga Pangkalan TLDM Labuan, KD PERAK, KD BADIK dan KD SRI GAYA.
Ucapan ribuan terima kasih kepada semua penderma dan individu yg terlibat dalam menjayakan program ini. Diharap program seumpamanya dapat diteruskan pada tahun2 mendatang
"1 beg darah untuk 3 nyawa"
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
PANGKALAN TLDM LABUAN Jalan TANJUNG PURUN
Labuan
87000