Kg Belukut

Kg Belukut

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kg Belukut, Community Center, Kampung Belukut Simpang Abd Rahman, Labuan.

Photos from Kg Belukut's post 27/02/2026

ZIARAH RAMADAN UMNO BAHAGIAN LABUAN

Alhamdulillah, pada 26 Februari 2026 , UMNO Bahagian Labuan telah mengadakan program Ziarah Ramadan ke Surau Al-Ikhlasiah, Kampung Belukut bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Program dimulakan dengan solat Isyak dan diteruskan dengan solat sunat Tarawih secara berjemaah bersama penduduk kampung dalam suasana yang penuh keinsafan dan ukhuwah.

Turut diadakan penyampaian sumbangan kepada pihak Surau Al-Ikhlasiah sebagai tanda sokongan dan keprihatinan dalam membantu kelancaran aktiviti sepanjang bulan Ramadan.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi moreh yang menjadi medan mengeratkan lagi silaturahim bersama masyarakat setempat.

Semoga usaha murni ini membawa keberkatan serta mengukuhkan lagi semangat kebersamaan dalam kalangan kita semua.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Labuan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kampung Belukut Simpang Abd Rahman
Labuan
87000