APM W.P Labuan
Pusat Kawalan Operasi Daerah Wilayah Persekutuan Labuan. Beroperasi 24 Jam.
13/06/2026
ππππππ ππππππππππ ππππππ ππππ πππππ ππππ ππππππππ π/π
10 Jun 2026 | Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi Institut Kemajuan Desa (INFRA) telah menganjurkan kursus yang berlangsung di Hotel Tiara Labuan yang telah dirasmikan oleh Pengarah Institut Kemajuan Desa (INFRA) Encik Abd Jalil bin Ismail.
Kursus ini berlangsung selama 3 hari, 10 sehingga 12 Jun 2026 yang disertai,seramai 120 peserta meliputi dari setiap Zon di Wilayah Persekutuan Labuan.
Seramai 20 ahli peserta terdiri daripada Angkatan Pertahanan Awam Labuan juga terlibat mengikuti kursus anjuran tersebut.
Barisan Jurulatih terdiri dari agensi-agensi seperti Bomba Labuan, APM Labuan dan Nadma turut hadir untuk berkongsi pengetahuan dalam bidang perawatan awal, pengurusan serta pengalaman mengendalikan pelbagai kes kecemasan.
Dalam kursus ini, peserta berpeluang untuk mempelajari langkah-langkah pengurusan, persiapan dan penyediaan semasa menghadapi sesuatu perkara mahupun bencana.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada agensi yang terlibat dalam menjayakan dan menyempurnakan Kursus Pemantapan MyDesa ResQ Tahun 2026.
Follow, Like & Share
Facebook
https://facebook.com/apmwplabuan
Instagram
https://www.instagram.com/apmlabuan
TikTok
https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8wJIelGoaWo&_r=1
12/06/2026
πππππππ πππππ πππππππππ ππππππππππππ, πππ ππππππ ππππππ ππππππππ
π
11 JUN 2026 | APM Labuan telah menerima satu aduan Lain-Lain Kes (LLK- Temujanji) di Taman SEC, Rancha-Rancha 1, Jalan Patau-Patau.
π 0950H β Pengadu memohon bantuan khidmat khas ambulans bagi membawa seorang pesakit dari rumah ke Hospital Nukleus Labuan untuk menghadiri temujanji susulan.
Menurut pengadu, pesakit yang menghidap penyakit strok menghadapi masalah pengangkutan dan memerlukan bantuan APM Labuan bagi mendapatkan rawatan susulan di hospital.
Sejurus menerima panggilan, pasukan MyASPA Operasi APM Labuan telah digerakkan ke lokasi dan berjaya melaksanakan khidmat kemanusiaan tersebut dengan selamat.
π Tahniah dan syabas kepada anggota yang bertugas atas komitmen, dedikasi serta keprihatinan dalam membantu masyarakat yang memerlukan.
π± Follow, Like & Share
Facebook: https://facebook.com/apmwplabuanβ
Instagram: https://www.instagram.com/apmlabuanβ
TikTok: https://www.tiktok.com/
11/06/2026
ππππππ! ππππππ ππππ ππππ πππππ
ππ πππ ππππ | APM LABUAN menerima satu aduan (1) Kes Menangkap Ular (KMU) - di lokasi Block L8 TAMAN MUTIARA
1101H - Pengadu membuat laporan mengenai penemuan seekor ular bakau di belakang halaman rumah pengadu. Ular tersebut dilihat langsung tidak berganjak dan kekal kaku pada posisinya setelah itu, seolah-olah sabar menanti ketibaan pasukan APM. Anggota bertugas kemudiannya bertindak pantas menangkap dan mengamankan ular tersebut.
Tahniah kepada Anggota MyASPA- Operasi yang telah berjaya menyelesaikan operasi tersebut.
β
08/06/2026
ππΌππ-ππΌππ πΌπΏπΌ ππΌππ πππΏπΌππ πππππππΌππ πΏπΌππ πΌππΌπ!!!π±π
πΆπΎ πΉππ½ πΈπΆπΈπΌ | APM Labuan menerima satu (1) aduan berkaitan Kes Menangkap Ular(KMU) di lokasi Kg Merinding W.P Labuan.
Panggilan kecemasan diterima pada jam 2253H,pengadu terkejut ternampak seekor ular sawa batik yang berada di atas siling tandas ketika ingin membuang air.
Operasi menangkap haiwan liar tersebut berjaya dilaksanakan oleh anggota APM dengan tindakan pantas dan cermat.
Follow, Like & Share
Facebook
https://facebook.com/apmwplabuan
Instagram
https://www.instagram.com/apmlabuan
TikTok
https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8wJIelGoaWo&_r=1
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
Lot 4 A2, Tingkat 2, Wisma Wong Wo Lo
Labuan
87021