Hidayah Centre Foundation Labuan
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf
29/05/2026
🌿 SEDEKAH JUMAAT | QURBAN FOR MUALAF 🌿
Ibadah korban bukan sekadar mengagihkan daging, tetapi juga menjadi jambatan kasih sayang yang mendekatkan kita dengan saudara-saudara mualaf.
Melalui program Qurban for Mualaf, sumbangan anda membantu memastikan mereka turut merasai kemeriahan dan kegembiraan Aidiladha, sambil memperkukuhkan sokongan dan kebersamaan dalam kehidupan sebagai seorang Muslim.
Setiap infaq yang disumbangkan bukan sahaja membawa kebahagiaan kepada penerima, malah menjadi sebahagian daripada usaha menyantuni, membimbing dan memperkasa mualaf agar terus istiqamah dalam perjalanan iman mereka.
✨ Rebut keberkatan Sedekah Jumaat dengan berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan.
📌 Salurkan sumbangan anda di sini:
🏦 Bank Islam
1211 3010 7743 04
HIDAYAH CENTRE FOUNDATION
📱 DuitNow QR (rujuk poster)
Bersama kita menyantuni dan memperkasa mualaf demi membina masyarakat yang lebih prihatin, harmoni dan sejahtera.
HIDAYAH CENTRE FOUNDATION
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf
22/05/2026
https://www.facebook.com/share/p/1Xp4FScrMz/
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Mohd Zulazrie Dahim bin Dan atas pelantikan sebagai Pengurus Jalinan Strategik Wilayah Sabah, Hidayah Centre Foundation bermula 01 Mei 2026.
Semoga terus melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi, profesionalisme dan hikmah dalam memperkukuhkan hubungan strategik bersama masyarakat. Moga segala usaha, pengorbanan dan perjalanan dalam dakwah dipermudahkan serta dikurniakan kejayaan yang berterusan.
Terus melangkah demi merealisasikan aspirasi:
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf. 🤝✨
Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Hidayah Centre Foundation Sabah
21/05/2026
🌙 10 Awal Zulhijjah, Rebut Ganjaran Berganda 🌙
Mari hidupkan hari-hari terbaik ini dengan:
🤲🏻 Puasa sunat
📖 Membaca al-Quran
✨ Berzikir & bertakbir
💝 Bersedekah
🐑 Melaksanakan ibadah korban
Bagi yang berniat korban, disunatkan menahan diri daripada memotong kuku dan rambut bermula 1 Zulhijjah sehingga selesai korban dilaksanakan.
Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita. آمين 🤍
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Labuan Times Square, Bandar
Labuan
87000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 05:00 |
| Tuesday | 09:00 - 05:00 |
| Wednesday | 09:00 - 05:00 |
| Thursday | 09:00 - 05:00 |
| Friday | 09:00 - 05:00 |