ADTEC JTM Kampus Labuan

ADTEC JTM Kampus Labuan

Share

Terletak di Jalan Mohd. Salleh, 6 kilometer dari bandar Labuan.

Photos from ADTEC JTM Kampus Labuan's post 14/05/2026

14/05/2026

LAWATAN PENDEDAHAN INDUSTRI (INDUSTRIAL EXPOSURE) PELAJAR TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA (TPPU) ADTEC JTM KAMPUS LABUAN KE HOSPITAL LABUAN

Seramai 21 orang dan 2 orang pegawai pengiring hadir ke lawatan pendedahan industri di Hospital Labuan. Lawatan bermula pada jam 8.45pg, ketibaan kami disambut oleh En. Ibrahim bin Saparuddin Ketua Unit Kejuruteraan Hospital Labuan.

Lawatan pertama pelajar di bawa ke Bilik Forensik. Sistem penyejukan penyimpanan jenazah Hospital Labuan (Hospital Nukleus) menggunakan unit penyimpanan sejuk (cold storage/mortuary chamber) khusus untuk memelihara jenazah, kebiasaannya mengekalkan suhu antara 2⁰C hingga 4⁰C untuk simpanan jangka pendek atau di bawah 0⁰C untuk jangka panjang.

Seterusnya pelajar dibawa ke plant room air-cooled chiller. Sistem penyaman udara berpusat ini merangkumi bahagian pentadbiran dan sebahagian bangunan lain berkapasiti 170 ton. Terdapat 3 unit yang mana 2 unit digunakan 24 jam, manakala 1 unit standby breakdown. Di sini pelajar didedahkan tentang operasi sistem, ducting, kaedah penyelenggaraan, rutin penyelengaraan dan material sistem. Dalam perancangan KKM bersama JKR, tahun hadapan sistem akan dinaiktaraf kepada sistem hyrid yang mana sistem menggunakan 60% tenaga eletrik dan 40% tenaga dari solar.

Sebelum tamat lawatan, pelajar dibawa melawat bilik AHU bangunan Respiratory Zone. Sistem penyaman udara berpusat air-cooled ini membekalkan udara dari luar ke ruang penyimpanan ubatan. Sistem ini menghalang udara keluar dari bangunan dalam mengawal bakteria dan kuman. Pelajar didedahkan kepada sistem panel kawalan, saluran pengudaraan, kapasiti sistem dan penyelenggaraan.

Pelajar teruja dengan persekitaran sektor penyejukbekuan dan penyamanan udara di hospital dan pelajar juga dialu-alukan untuk menjalani latihan industri.

Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dengan lawatan tersebut, semoga pendedahan industri ini bermanfaat kepada pelajar dalam memperkasakan TVET demi masa Hadapan Malaysia.

"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏,
𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"

#𝐉𝐓𝐌𝐃𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐊𝐔
#𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧𝐈𝐧𝐢𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫𝐧𝐲𝐚 #𝐊𝐈𝐓𝐀
#𝗧𝗩𝗘𝗧 #𝗧𝗩𝗘𝗧𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
#𝗝𝗧𝗠 #𝗜𝗟𝗝𝗧𝗠 #𝗞𝗦𝗠
#𝗜𝗟𝗣 #𝗔𝗗𝗧𝗘𝗖 #𝗝𝗠𝗧𝗜
#𝗹𝗶𝗳𝗲𝗹𝗼𝗻𝗴𝗹𝗲𝗮𝗿𝗻𝗶𝗻𝗴
#𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮𝟮.𝟬
#𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀𝟰𝗔𝗹𝗹

Photos from ADTEC JTM Kampus Labuan's post 08/05/2026

08/05/2026

JEJAK TVET MADANI ALUMNI ADTEC JTM KAMPUS LABUAN

Semasa program lawatan pendedahan industri di Syarikat Antara Steels Mills Sdn Bhd, pihak Kampus berpeluang beramah mesra dengan beberapa bekas pelajar (ALUMNI) khususnya di bidang Teknologi Kimpalan.
Syarikat komited dan percaya bakat TVET ADTEC JTM Kampus Labuan boleh diketengahkan dan maju seiring peredaran zaman, pelajar diberi kepercayaan mendapat peluang kebolehkerjaan dengan Pendapatan sesuai dengan kelayakan kemahiran.
Semoga terus maju jaya dipelbagai lapangan Dan mampu menggondol impian kerjaya dibidang diceburi.

Want your school to be the top-listed School/college in Labuan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Labuan

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 16:30