Majlis Belia Labuan
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Majlis Belia Labuan, Youth Organization, Labuan.
09/05/2026
Presiden Majlis Belia Labuan, Cik Nazera binti Roslan, telah hadir bagi ke Majlis Penutupan Program SUKARELAWAN: Care in Action anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UMSKAL dengan kerjasama strategik daripada Kelab Rakan Muda Bandar Labuan.
Program yang bermula seawal jam 7.00 pagi hingga 4.30 petang ini telah dilaksanakan di Kampung Patau-Patau 1 dan Kampung Patau-Patau 2. Sepanjang tempoh tersebut, para sukarelawan bersama komuniti setempat telah berganding bahu menjalankan pelbagai aktiviti khidmat masyarakat dan gotong-royong yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kesejahteraan serta memupuk semangat keharmonian di Wilayah Persekutuan Labuan.
Inisiatif ini bukan sahaja berjaya mencapai objektif sosialnya, malah menjadi platform penting dalam menyatukan golongan belia dan penduduk kampung melalui tindakan keprihatinan yang nyata.
29/04/2026
HEBAHAN DAN MAKLUMAN LALUAN LISC MOONLIGHT FUN WALK 2026
Makluman kepada semua peserta LISC Moonlight Fun Walk 2026 yang akan berlangsung pada 2 Mei 2026 (Sabtu), berikut dipaparkan laluan Fun Walk bermula di Menara Jam Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan menuju ke Bulatan Sawangan Cina dan berpatah balik.
Peserta dinasihatkan untuk datang lebih awal dan pelbagai acara menarik dan pelbagai gerai jualan dibuka. Rasai kemeriahan dan gegarkan Labuan International Sea Challenge 2026🥳🥳🥳
Perbadanan Labuan
Polis Daerah Labuan
Jabatan Penerangan WP Labuan
BES Labuan
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan
APM W.P Labuan
RELA Daerah WP Labuan
Majlis Belia Labuan
MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN (MSWP)
Kelab Rakan Muda Bandar Labuan
Persatuan Sukan Kecergasan Wilayah Persekutuan Labuan ( PSkWPL )
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Labuan